in ,

Hero ML Paling Gempak 2019! Korang Pilih Yang Mana?

Sumber Gambar: https://mobilelegends.gcube.id

via GIPHY

#Lunagirls suka pakai hero apa dalam game Mobile Legends? Marksman? Tank? Sekarang ada banyak hero baru yang keluar tau.. Semua ada power dan ada skills tersendiri! Rank korang sampai mana dah? Grand master or epic? Bagi yang nak kejar rank, Ummi nak recommend sikit hero yang tengah gempak untuk tolong bawa korang ke legend dan seterusnya ke mythic! Hihi!

KIMMY

Sumber Gambar: https://www.youtube.com/

Diperkenalkan pada October 2018, Kimmy dalam kategori hero marksman or mage yang ditakuti oleh hero lain! Tapi bergantung juga pada skill orang yang main Kimmy.. hihi! Kekuatan Kimmy, boleh menembak sambil bergerak dengan damage yang tinggi.. Tembakkan dia boleh pergi jarak jauh! Jadi senanglah dia nak kill orang, duduk dalam tower pun boleh kill enemy tau sebab itu bila dekat epic dia selalu kena banned.. kahkah! But worth to buy girls!

GATOTKACA

Sumber Gambar: http://www.tribunnews.com

Hero tank ini diadaptasi dari legendary Indonesia tapi ada banyak kontroversi. Ewah! Macam artis pula! Haha! Bukan sebab kontroversi je dia naik.. tapi  disebabkan skill yang power! Kalau #Lunagirls nak tahu, Gatot boleh lompat dan hentam enemy dengan kekuatan lompatannya tau! Ia sangat membantu dalam group! Dah nama pun tank, memang kerja membantu kawan yang lain untuk war! 

VEXANA

Sumber Gambar: https://www.futuregamereleases.com

Hero favorite Ummi! Vex ini hero mage, yang menggunakan magic untuk mencederakan atau kill enemy. Apa yang paling power pasal Vex, dia masih boleh kill orang walaupun dah mati sebabnya ALT dia boleh duplicate pihak lawan yang terkena ALT! Memang power girls! Kalau korang sorang-sorang war pun ALT ini sangat membantu.

MARTIS

Sumber Gambar: https://www.teknosaurus.com

Fuh! Martis ni kalau item dia semua dah jadi, memang kalah teruk pihak lawan! Mudah juga untuk digunakan, lagi-lagi kalau tengah war semua pihak enemy berkumpul, memang senanglah dia bunuh dengan skill pertama dan kemudian ALT. Bukan biasa-biasa tau Martis! Ada antara #Lunagirls pakai Martis? Korang gempak!

HANABI

Sumber Gambar: https://jurnalapps.co.id

Hero marksman yang dikatakan paling cantik! Tapi jangan termakan dengan kecantikkan dia girls sebab skill dia memberi damage yang tinggi. Tapi pada permulaan game, korang kena pergi ambil buff dulu tau.. untuk tambah movement speed dia dan jangan lupa curi-curi juga buff pihak lawan, biar korang cepat power untuk naik level. Baru boleh makan semua! Hihi!

Jadi yang mana satu pilihan korang #Lunagirls? Bagi yang baru main Mobile Legends bolehlah cuba-cuba untuk guna hero dalam senarai Ummi tadi! Dan cuba dulu dekat brawl or classic.. jangan terus pergi rank memang habis jatuh rank nanti! Haha! Bila dah pro, kita lawan okay?

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kaki Tengok Wayang? List Movie Korang Wajib Tengok!!

Rambut Banyak Kutu? Eeee! Cepat Guna …..