in ,

Hero Heroin Yang Mungkin Sesuai Digandingkan Bersama

Sumber gambar: Instagram @nr.ainaaaamzalan / Instagram @mfmirafilzah

Ala bosan tengok drama Melayu minggu ini, asyik hero dan heroin yang sama je. Tak ada ke hero dan heroin lain? Nak juga tengok Mira Filzah berlakon dengan orang lain selain Remy Ishak.

Siapa tak suka tengok drama Melayu? Ainaa sendiri tak nak terlepas tengok drama Melayu, lebih lagi kalau ada favorite artis yang berlakon. Confirm tak nak terlepas, kalau terlepas sanggup tengok ulangan dekat YouTube! Korang pun suka tengok drama Melayu tak? Walaupun kebanyakan jalan cerita sangat typical which is kena kahwin paksa atau uruskan syarikat keluarga atau bila kahwin tiba-tiba boleh jatuh cinta, end up hidup bahagia, gaduh sekejap sebab ada orang ketiga dan akhirnya ada anak bersama! LOL!

Image result for mira filzah dan remy
Sumber gambar: Instagram @mfmirafilzah

Ehh, dah hafal pula kebanyakan drama Melayu, hehe! Tapi tak bermaksud tak ada drama yang jalan ceritanya lain daripada yang biasa. Contohnya drama Sweet Dream. Jarang ada drama Melayu yang jalan ceritanya mengisahkan gadis bisu dan lelaki yang mempunyai kebolehan luar biasa. Tapi sekarang ini kita nak cerita tentang gandingan hero dan heroin. Kebanyakan drama hero dan heroinnya sama je, dah pernah tengok bersama. Sometimes kita sebagai penonton nak juga tengok ‘couple’ baru dalam drama. LUNARIA ada cadangan untuk ‘couple’ terbaru drama Melayu! Korang rasa on tak on?

KAMAL ADLI DAN MIRA FILZAH

Sumber gambar: Instagarm @kamaladli / Instagram @mfmirafilzah

Malaysian sweetheart, Mira Filzah pandai bawa setiap watak yang dilakonkannya. Semua drama menjadi kalau dia berlakon walaupun dengan mana-mana hero. Tapi before this Mira selalu digandingkan dengan Remy Ishak dalam beberapa drama termasuk filem Sangkar. Korang teringin nak tengok Mira berlakon dengan hero lain tak? Kali ini mungkin Mira boleh digandingkan pula dengan Kamal Adli! Tak pernah rasanya Mira dan Kamal digandingkan dalam mana-mana drama atau filem. Mungkin lepas ini akan ada gandingan mereka berdua? Lagipun Kamal selalu bawa watak kelakar dan lelaki macho, Mira pula watak yang biasa dia bawakan ialah seorang gadis manis yang mungkin terpaksa berkahwin sebelum dia dikahwin paksa oleh parents, hehe! Tak kisah drama apa pun, asalkan mereka berdua dapat berlakon sama-sama. Haihh, tak sabar rasanya kalau mereka betul-betul berlakon bersama.

ZUL ARIFFIN DAN UQASHA SENROSE

Sumber gambar: Instagram @uqashasenrose2 / Instagram @zul_ariffin

Abe sado dan mek Kelate! Perfect kalau Uqasha dan Zul digandingkan dalam drama! Seorang handsome, seorang lagi pula cantik manis. Boleh jadi jalan cerita mereka ialah cinta yang tak direstui? Demi cinta, mereka sanggup membelakangkan keluarga. Rasanya Uqasha dan Zul pun belum pernah digandingkan bersama kot? Lagi pun sekarang rasanya Zul tengah sibuk shooting drama baru bersama Mira Filzah. Mungkin lepas ini ada pengarah nak gandingkan Zul dan Uqasha pula ke? Confirm rating TV naik sebab dua-dua pun power kalau berlakon.. Zul pula sekarang dah bertambah sado, confirm ramai nak tengok dia berlakon dekat TV!

REMY ISHAK DAN TIZ ZAQYAH

Sumber gambar: Instagram @remyishak / Instagram @tiz.zaqyah

Pernah digandingkan bersama menerusi drama Nur Kasih yang pernah menjadi fenomena satu Malaysia sebelum ini. At the same time Remy dan Tiz juga pernah bercinta sekejap dulu. Tapi even dah putus sekarang, masing-masing nampak macam okay je. So, rasanya mesti ramai fans yang teringin nak tengok mereka digandingkan bersama lagi dalam mana-mana drama. Dapat pula dengan Tiz yang sering membawa watak comel-comel digandingkan dengan Remy dengan watak yang macho dan egois, pergh! Confirm jadi fenomena lagi sekali kalau betul terjadi mereka berlakon bersama! Atau Tiz bawa watak jahat macam dalam drama Setelah Ku Dimiliki, memang ngam!

HANNAH DELISH DAN SYAFIQ KYLE

Image result for foto hannah delisha dan syafiq kyle
Sumber gambar: Manis.fm

Mesti comel kalau tengok Syafiq Kyle dan Hannah Delisha berlakon bersama! Walaupun mereka juga pernah digandingkan bersama tapi rasa macam tak puas je bila tengok mereka berlakon. Waktu itu pun masing-masing masih baru lagi dalam dunia seni, fans pun bukan main suka bila tengok mereka berlakon sampaikan ada gosip Syafiq dan Hannah bercinta! Tapi hakikatnya tidak pun sebab Syafiq sekarang tengah bercinta dengan Mimi Lana. Hannah Delisha berlakon dengan Ben Amir pun okay juga? Ala, confuse tak tahu nak tengok gandingan Hannah Delisha dengan siapa lepas ini.

Just in case kalau ada mana-mana pengarah atau penerbit nampak article LUNARIA ini dan jadikan cadangan ini sebagai realiti, jangan lupa jemput #lunasquad berlakon ya. Jadi extra pun okay, tapi kalau boleh berlakon sekali dengan Kamal Adli dan Mira ya, hehe! Bukan apa, kadang-kadang kita sebagai penonton nak juga tengok gandingan baharu hero dan heroin drama Melayu. Apa pun, ini hanya untuk suka-suka. For those yang tak bersetuju jangan marah ya!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Anak Artis Yang Merupakan TikTok Famous!

Berjaya ‘Kalahkan’ Goblin, Crash Landing On You Pikat Hati Penonton!