in ,

Hijabister Pun Boleh Pakai Subang Tau!

Sumber gambar: Instagram Mira Filzah, Cilibling, Putreeo, DolliDalilah

via GIPHY

Girls yang free hair boleh gayakan banyak style rambut dan pakai banyak aksesori yang cute! Tapi kalau gadis berhijab macam kita nak tambah aksesori apa pula? Nak sepit rambut tak boleh sebab rambut dah kena tutup.. Takkan nak sepit tudung pula? Habis kena kecam nanti! Haha! Jom tengok sikit apa aksesori yang gadis berhijab boleh gayakan untuk nampak lebih menarik dan cantikkk!

SUBANG

Sumber gambar: Hijab & Heels

Ha! Sekarang trend orang pakai subang dekat luar tudung! Nampak cute juga tau sebab korang boleh pilih subang jenis apa yang korang nak pakai.. Nak pakai yang bulat, tergantung atau bunga-bunga pun boleh tau! Tambah pula dengan hijab style yang sesuai dan subang yang cantik, mesti korang nampak lebih anggun bergaya. Hehe!

HIJAB CHAIN

Sumber gambar: YouTube

Hijab chain ni ada banyak jual dekat kedai aksesori tudung tau! Korang boleh gayakan dengan shawl atau tudung bawal! Sesuai sangat kalau #Lunagirls pakai untuk pergi wedding atau raya nanti! Hijab chain sangat senang nak tampal, korang hanya letak dan gosok je guna iron!

CUTE PIN

Sumber gambar: Shopee

Hijabis dan pin memang tak dapat dipisahkan! Kita ni ibarat BFF dengan pin tu sebab as a hijab girl, kita ‘WAJIB’ simpan pin dalam handbag setiap kali keluar berjalan sebab takut hilang! Hehe! Kalau before this korang just guna pin biasa, this time guna yang bercorak so nampak macam cute sikit.

RANTAI

Sumber gambar: hijabkeren.com

Biasa kalau keluar berjalan mesti korang tak pakai rantai kan? Apa kata kali ni, kita buat kelainan sikit and try pakai rantai! Tak semestinya hijabis ni tak boleh pakai rantai tau asalkan korang pandai mix and match rantai tu dengan outfit! 

via GIPHY

Girls, jangan pernah takut atau malu untuk try something new… Kita kena berani dan kalau tak tahu macam mana nak mix and match semua aksesori tu, boleh je tanya dekat kawan-kawan atau kakak korang tau. Nak minta pendapat LUNARIA and team pun boleh, PM tepi sis! Hihi! Good luck girls!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kenapa Kasut Sekolah Kotor? Pemalasnya!

LunaSquad: Apa kaitan exam dengan keputihan?!