in ,

Hati-Hati! Ini Tempat Bakteria ‘Berkumpul’

Sumber gambar: Tumblr.com

Setiap masa basuh tangan dengan sabun, then pakai lagi hand sanitizer. Tapi confirm ke tangan ni dah bersih? Macam mana kalau basuh tangan sebab nak elak corona, sekali corona hinggap dekat kaki?

Ha, mesti korang dah banyak kali basuh tangan dalam masa sehari ni kan? Musim musim sekarang ni memang semua orang paranoid nak jaga kebersihan. Itu tak termasuk lagi mak membebel suruh basuh tangan dan mandi setiap jam.

Tapi dalam kita jaga kebersihan basuh tangan dan mandi tu, sebenarnya kita tetap terdedah dengan bacteria di sekeliling. Tanpa disedari, kita selalu sangat pegang beberapa tempat yang terdedah dengan kuman dan bacteria. Antara tempat yang dimaksudkan itu ialah dekat…

HANDPHONE

4 Ways to Decorate a Clear Phone Case on We Heart It
Sumber gambar: Weheartit

Setiap masa pegang phone, pergi toilet pun bawa phone kan? Elok pula lepas tu pegang phone dan makan. Alamak! Penuh bacteria dekat phone tu tanpa korang sedari. Korang pernah bersihkan phone? Bukan la dengan cara rendam dalam cecair pembersih, cukup sekadar lap dengan cecair anti kuman pun dah memadai. Phone kita tu antara tempat paling kotor sebab sometimes kita letak dekat lantai, atas meja, atas katil dan dekat mana-mana sahaja la. Sebab tu la sekali sekala kena bersihkan sikit phone tu. Baru la tak sia-sia korang cuci tangan tu selalu.

REMOTE TV

Kenapa Remote TV Berfungsi Balik Lepas Diketuk? - Kongsi Tular ...
Sumber gambar: Bm.cari

Pagi ayah korang tengok berita, then adik sambung tengok kartun, tengahari mak tengok drama. Just imagine berapa banyak kali mereka dah pegang remote control TV tu? Mesti banyak bacteria yang dah terkumpul dekat situ. Kita pun kalau ikut logik mesti tak ada bersihkan remote TV tu kan? Okay, bukan setakat remote control TV, tapi semua remote yang ada dekat rumah tu possibility mempunyai bacteria. So, untuk kurangkan bacteria dekat situ boleh la bersihkan juga macam mana korang bersihkan phone tu. Cuci dalam dua hari sekali pun dah memadai.

SARUNG BANTAL

how to create an indie bedroom on We Heart It
Sumber gambar: Weheartit

Bila kali terakhir korang tukar sarung bantal? Bulan lepas? Ha kalau bulan lepas, sekarang juga korang kena pergi tukar yang baru. At least dua minggu sekali tau kena tukar sarung bantal dan cadar tu. Kita tak tahu bacteria apa yang ada dekat situ. Tak termasuk lagi dengan korang punya air liur basi tu, lagi la banyak bacteria yang tersembunyi. Sometimes boleh jadi bacteria tu terhasil bila korangbalik sekolah terus baring dekat katil, dah bukan setakat bacteria je yang ada segala macam kuman dan kotoran pun ada juga tau. Sebab tu sometimes muka korang naik rashes atau jerawat. Salah satunya sebab tak jaga kebersihan sarung bantal dan cadar la. Lepas ni biasakan diri tukar setiap dua minggu sekali okay.

TUALA

Laundry 101: clean towels
Sumber gambar: Modern

Korang ada berapa tuala? Adakah tuala yang digunakan untuk mandi tu korang pakai untuk lap muka? Kalau ya, sila hentikan tabiat itu sebab korang kena guna tuala yang berasingan. Sah sah la tuala mandi tu digunakan untuk lap badan termasuk lap dekat bahagian private tu kan? Then elok pula korang lap muka. Eeeeiiii, kotor la! Ditambah pula korang pakai tuala yang sama dalam masa sebulan! Alamak, confirm banyak bacteria yang ada dekat tuala tu tau. Sama juga macam sarung bantal dan cadar, mesti kena tukar at least dua kali seminggu.

Mesti korang tak terfikir akan ada bacteria dekat tempat yang Ainaa list ni kan? Lepas ni sentiasa alert dengan sekeliling okay girls. Jaga kebersihan selalu ya.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bromance Goals K-Pop Buat Orang Lain Cemburu

Artis Malaysia Yang Suka Main Tiktok