in ,

Hati-hati! Ini Tanda Korang Obses Dengan Diri Sendiri!

Sumber Gambar: https://www.thepatriots.asia

Olla #Lunagirls! Semua girls nak cantik dan nampak perfect setiap masa.. Tapi setiap orang ada definisi cantik tersendiri, cara make up, cara dress up dan macam-macam lagi! Sehinggakan ada yang sampai obses dengan diri sendiri tau girls! Korang nak tahu tanda-tanda kita terlalu obses dengan diri sendiri? Haa, baca ni!

SUKA TENGOK CERMIN 

Sumber Gambar: https://videohive.net

Untuk sesiapa yang obses dengan diri sendiri ni, cermin adalah kawan baik dorang! Setiap masa nak tengok cermin, kalau dekat sekolah tu mesti akan sediakan cermin letak dekat meja… sambil belajar sambil tengok cermin dan simpan satu dalam poket. Kenapa? Sebab nak make sure penampilan dorang on point!

DIET 

via GIPHY

Kalau diet dengan gaya yang betul, boleh diterima.. Tapi ada sesetengah girls salah cara diet sampai tak nak makan langsung! Oh no girls… Itu boleh memakan diri tau! Macam mana kalau jatuh sakit? Bukan family je yang susah hati, tapi kesian badan korang tak boleh berfungsi dengan lebih baik! Nak diet boleh #Lunagirls, cuma kena seimbang dan cuba cara yang betul!

PUJIAN RASA NEGATIF 

via GIPHY

Selalunya orang obses dengan diri sendiri ni, susah nak terima pujian dari orang lain! Contoh, bila kawan puji, ‘eh cantiknya hari!’ terus dorang akan rasa insecure dengan diri! Bagi dorang tu semuanya tipu sebab dia tak nampak pun benda tu di badannya.. Lepas tu suka cakap “I nak kurus lagi, tengok tangan i ni besar” padahal badan halus…….. tiup angin boleh terbang! Ops!

TIMBANG BERAT SETIAP HARI 

Sumber Gambar: http://lampung.tribunnews.com

Aduhai! Tak ada pun besar Kalau kita selalu timbang #Lunagirls! Korang rasa kalau berat badan turun setiap hari, elok untuk kesihatan kita? Tak #Lunagirls.. ada kemungkinan berat turun disebabkan badan sihat kekurangan nutrisi!

Ada kalanya obses dengan diri sendiri ada baiknya, sebab kita dapat menjaga penampilan supaya nampak  menarik tertarik kau memang da’boom…. Hihi! Tapi kalau dah sampai memakan diri sendiri better stop dan cuba benda yang lebih baik untuk kesihatan dan diri #Lunagirls okay! Daripada kita asyik fikir pasal benda yang tak patut, apa kata layan lagu untuk hiburan diri! Playlists Hot TV ada sediakan pelbagai pilihan ikut mood kita tau! Jangan lupa check it out #Lunagirls!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Parut Hilang, Hati Senang!

Parents Nak Follow Social Media? Approve Ke Tak?