in , ,

Hati-Hati Dengan Media Sosial ‘3R’

Awak ni gem***, Bo***!

Marah sangat ke tu? Selepas ini setiap perkataan yang ditaip dan diucapkan #Lunagirls perlu hati-hati tau sebab segala perbuatan kita akan mudah dilaporkan melalui WhatsApp Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Apa itu kandungan media sosial ‘3R’? Untuk yang belum tahu, meh Zoe terangkan..

via GIPHY

Ia adalah Race (Kaum), Religion (Agama) dan Royalty (Institusi DiRaja). Apa apa dengan 3R? Ia disebabkan kerajaan sangat menitikberatkan perpaduan kita di negara ini.. that’s why SKMM perkenalkan perkara ini. So, selepas ini korang jangan post dan buat sesuatu yang berunsurkan kandungan 3R.

Sumber gambar:

Zoe bagi contoh dekat korang macam ini, let’s say korang bergaduh dengan kawan korang yang berbangsa lain. Korang jangan pula ucapkan perkataan yang menghina kaum mereka sebab ia boleh dilaporkan melalui WhatsApp saja. Macam mana dengan bukti? Disebabkan SKMM dah ada WhatsApp, kawan korang yang sakit hati dengan ucapan korang itu boleh screenshot benda yang korang buat dan lapor.

via GIPHY

Jadi tak perlu lah korang bangkitkan isu 3R ini tak kira lah di sekolah ke, di luar sekolah, di tempat awam dan lain-lain. Sebab nanti sia-sia saja je korang bila kena apa-apa tindakan. Bagi Zoe, apa yang dilakukan SKMM ini ada banyak baiknya sebab nak bagi korang semua pupuk diri itu bersikap sederhana dalam semua hal, lebih lagi kita yang tinggal harmoni di Malaysia berbilang kaum, agama, bahasa dan budaya.

Sumber gambar:

Selain itu juga, perkara ini juga untuk latih diri kita semua supaya sentiasa berfikir dahulu sebelum buat apa-apa tindakan yang melampaui batas sehingga menyentuh perkara sensitif. Hello kawan-kawan semua! Jom laungkan bersama, Medeka! Merdeka! Merdeka!

via GIPHY

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Digelar King Of K-Pop 2019, Tahniah Jimin BTS!

Ini Perkara Larangan Waktu Tengah Dating…