in ,

Hati-Hati Bila Ke Salun Sebab…

Sumber agmbar: https://www.leicestermercury.co.uk/news/leicester-news/10-best-hair-beauty-salons-2522409

Nak raya ni okay jugak kalau dapat pergi saloon, memanjakan diri dan mencantikkan diri. Banyak lagi masa nak buat rambut, meni pedi, facial or anything lagi lah. Tapi dalam excited tu, kita still kena berhati-hati dengan beberapa perkara yang maybe before this kita pandang ringan je.

ALAT PENCUKUR

Sumber gambar: https://www.aliexpress.com/item/1-Razor-Handle-4-Razor-Blades-Manual-Shaving-Women-Razors-Blade-Shaving-Hair-Safety-Lady-Razor/32842455940.html

Pergi saloon nak pergi buat waxing armpit, Cik Bunga, tangan dengan kaki. Tapi korang yakin ke dengan kebersihan alat yang diorang gunakan? Let say before buat waxing, orang tu cukur bulu-bulu kehidupan dekat badan tu. Sekali tengok alat pencukur dia, perghh berkerak dengan karatnya, dengan bulu tersekat lagi. Euwhhh kotor! Korang mungkin akan terkena penyakit kulit, infection dan segala macam virus.

ALAT PENYEPIT BULU

Sumber gambar: https://thewirecutter.com/reviews/the-best-tweezers/

Baisanya kalau korang pergi ke saloon untuk kemaskan bulu kening, pekerja tu mesti akan gunakan sama ada penyebit bulu atau benang untuk kaedah threading. Perhatikan dekat alat penyepit tu sama ada bersih atau kotor. Bila kita cabut bulu, liang roma akan terbuka dan kalau ada darah, mesti ia akan melekat dekat penyepit tu terlebih dahulu. Takut bakteria dekat darah tu akan merebak dekat korang waktu liang roma terbuka pula.

ALAT MENI PEDI

Sumber gambar: https://www.tokopedia.com/baranguniku/alat-menicure-manicure-pedicure-hk-1-set-hello-kitty-meni-pedi-kuku

Sepit kuku yang dia gunakan tu bersih atau tak? Tah tah ada kuku orang lain tersekat dekat situ pula. Yekkk gelinya! Tambah pula kalau tak bersih then kuku korang pula terluka, confirm bacteria masuk terus dalam badan melalui tempat luka tu. At least diorang kena la bersihkan peralatan supaya customer rasa selesa.

TERTIPU

Sumber gambar: https://landforsaleinlagos.com/land-statutory-charges-and-estate-development-fees/

Andai kata korang beli mana-mana pakej kecantikan dekat website, make sure tak ada hidden charge after dah habis beauty session tu. Sometimes, ada orang tertipu bila nak bayar je, tiba-tiba kena tambah duit extra yang sepatutnya tak perlu pun korang bayar. Sebab tu kena bijak memilih saloon yang nak korang pergi tu. Jangan sampai korang tertipu okay.

Bukan setakat kena berhati-hati dengan barangan yang digunakan, tapi boleh dikatakan hati-hati dengan semua benda. That’s why korang kena tengok dulu review dekat kedai yang nak dituju tu. Make sure ada banyak review bagus baru la pergi ke sana okay?

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments