in ,

Harga Phone Bawah RM500? Must Have!

Sumber Gambar: http://www.irsan-alihsan.my.id

#Lunagirls terfikir nak beli phone baru tapi nak yang murah dan berkualiti? Ha! Artikel ni paling sesuai untuk korang! Istimewa harini LUNARIA kongsikan beberapa model phone yang berharga bawah dari RM 500! Yasss! Let’s check it out girls!

XIAOMI REDMI 4X 

Sumber Gambar: https://www.droidlime.com

Untuk Xiaomi ni korang boleh dapatkan dengan harga RM 459, dengan skrin berkeluasan 5 inch! Ia juga mempunyai fungsi tambahan seperti touch focus, face and smile detection. Dan yang paling best, capacity bateri Xiaomi ni sebesar 4100mah yang boleh bertahan selama satu hari setengah tanpa perlu charge! Oh yes… dahsyat kan?

XIAOMI REDMI 5A 

Sumber Gambar: https://www.kimovil.com/

Ini lagi murah #Lunagirls! Harga hanya RM 339 berbeza dengan Xiaomi Redmi X4 tadi! Mempunyai keluasan skrin, dan fungsi tambahan yang sama tapi  yang bezanya ialah saiz bateri untuk model ini hanya 3000mah, boleh lah bertahan untuk setengah hari.. Tapi still worth to buy tau, sebab ada camera beauty filter! Yay!

HUAWEI HONOR 5C 

Sumber Gambar: https://www.notebookcheck.net

Ha! Siapa yang suka skrin lebih besar bolehlah pilih model ni sebab ada skrin 5.2 inch dan hanya berharga RM 439! Korang boleh masukkan dua simcard, kalau ada dua number… satu number yang real dan yang satu lagi maybe boleh buat untuk kacau kawan-kawan.. haha!

ASUS ZENFONE FO 5.0 

Skrin yang ni lagi besar #Lunagirls! 5.5 inch! Siap ada beberapa fungsi tambahan seperti kamera HDR, dan panorama.. Phone ini korang boleh dapatkan dengan harga RM 389 je! Murah dan besar.. Mesti akan lebih puas hati bila selfie nanti!

Ha! Ini beberapa phone serendah RM 500 yang korang boleh beli.. Jadi bolehlah untuk beginner yang baru nak guna phone.. Atau nak cari phone backup! Hehe! Tak kisahlah phone jenis apa pun, yang penting social media korang onz dan ikut trend semasa!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Port Lepak Lepas Sekolah Paling On!

Bateri Low! Nak Cucuk Kat Mana Ni?