in ,

Harga Buku RM3 Je? Jom Usha #BBW2018!

Sumber Gambar: https://www.fimela.com

Olla #Lunagirls! Korang dah pergi Big Bad Wolf 2018 dekat MIECC, The Mines? Ruginya kalau belum lagi.. Tapi tak apa masih sempat lagi tau sebab ia akan berlangsung sehingga 17 Disember 2018 selama 24 jam tau! Yass! Untuk yang masih blur tak tahu apa Big Bad Wolf, harini team LUNARIA nak share sikit pengalaman pergi haritu!

Big Bad Wolf adalah pesta jualan buku terbesar yang sediakan diskaun daripada 75% hingga 95% dari harga sebenar! #Lunagirls mesti tak percayakan? Rambang mata tengok buku-buku dengan harga low price! Team LUNARIA shopping sampai berbakul-bakul! Haha!

Sumber Gambar: https://toodia.my

GIVEAWAY VOUCHER

Sumber Gambar: https://www.instagram.com

Haa! Siapa yang follow Instagram @lunariamy, mesti tahu tentang #MisiEjenAliXLunaria giveaway voucher buku RM100! Pemenang sangat bertuah sebab dengan voucher RM100 tu, mereka boleh dapat beli stok buku yang banyak tau! Buku latihan PT3 serendah RM3.. Haa boleh bayang tak korang boleh beli berapa banyak! Wow!

TAHNIAH KEPADA PEMENANG

Kepada pemenang giveaway voucher buku #MisiEjenAliXLunaria nak ucapkan tahniah dan terima kasih sebab join contest kami!

Tunggu apa lagi #Lunagirls.. jom ajak parents, adik beradik dan kawan-kawan korang shopping buku dekat Big Bad Wolf 2018! Jangan lepaskan peluang keemasan ni tau.. Sebab Big Bad Wolf datang setahun sekali je! Pakat datang beramai-ramai okayy!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Alamak..Apa Nak Buat Kalau Parents Selalu Gaduh?

What! Iklan BLACKPINK Kena Banned?