in ,

‘Haram’ Kongsi Barang Mekap Ini Dengan Sesiapa Pun

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=IG73jpwO47E

Kebanyakan girls akan okay saja kalau nak kongsi barang mekap dengan kawan dan adat pinjam meminjam itu memang biasa dikalangan kita. Tapi seberapa kerap #Lunagirls suka berkongsi? Sebab kalau korang nak tahu sebenarnya tak semua alat mekap korang boleh kongsi dengan orang lain tau! Dan biar kali ini LUNARIA beritahu korang apa alat mekap yang sangat tak boleh kongsi dengan orang lain.

POWDER

Sumber gambar:

Ya, lebih lagi kalau korang pakai compact powder. Sebenarnya korang tak boleh kongsi dengan orang lain sebab pertama jenis kulit korang obviously berbeza dengan orang lain dan kita selalunya tak tahu sama ada kulit orang yang nak pinjam itu bersih atau tidak. Bukan apa, sebab takut nanti bila kulit korang tiba-tiba break out, kita tak tahu punca sebenar kenapa kulit bermasalah.

LIPSTICK

Sumber gambar:

Sebenarnya lipstick pun salah satu item mekap yang korang tak boleh kongsi tau. Melainkan korang beli yang boleh apply guna berus atau cotton bud. Itu dikecualikan sebab korang tak apply direct pada bibir. 

MASKARA

Sumber gambar:

Maskara pun sama, sebab bakteria pada mata korang itu boleh berjangkit dengan orang lain. Dan sebaiknya korang elakkan maskara korang dikongsi dengan kawan lain. Sebab kita tak tahu sama ada kawan kita itu sakit mata ke tidak dan betul ke dia dah bersihkan mata dia elok-elok waktu mandi.

BLUSHER

Sumber gambar:

Kongsi blusher pun perlu dielakkan sebab biasanya kulit pipi yang paling mudah berjangkit dengan orang lain. Kalau korang gunakan blusher yang berus okay lagi, tapi jika korang guna cheek stick sebaiknya tak perlu kongsi dengan kawan-kawan ya.

Okay, jadi #Lunagirls dah tahu item apa yang sebenarnya haram untuk korang kongsi dengan orang lain. Bukan kita nak kedekut ke apa, tapi nanti once kulit korang tiba-tiba meragam, korang juga yang susah. Jadi lebih baik mencegah daripada merawat ya! Hmm, macam mana dengan make-up artist punya barang? Mesti korang wonder kan? Selalunya kalau make-up artist, kebanyakan mereka dah cuci dan hygiene barang mereka sebelum apply pada muka customer mereka. Jadi, itu kes lain ya.  

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

No More Aliran Sastera Dan Sains Tahun 2020?

Demi BTS, Bangunan Di Riyadh Bertukar Warna Ungu!