in ,

Happy Birthday Jin! 5 Pesanan Kim Seokjin BTS Khas Untuk ARMY

Sumber gambar: vlive.com/BTS

Happy birthday to Jin… Happy birthday to Jin… Happy birthday to Seokjinie! Happy birthday to Jin…Yeay hari ini birthday Kim Seokjin BTS!

BTS Army pasti sudah tahu hari lahir abang paling tua dalam BTS adalah Kim Seokjin, betul tak? Seperti kebanyakan ARMY tahu, Seokjin adalah salah seorang anggota BTS yang paling crack dan kelakar sebab dia selalu buat dad jokes kepada semua ahli BTS yang lainnya. Selain itu, Seokjin juga bukan setakat selalu menghiburkan BTS sahaja, dia juga sentiasa menghiburkan semua BTS ARMY setiap kali konsert mereka, semasa live video, balas komen di media sosial dan lain-lain. Jadi sempena hari lahir Seokjin BTS kali ini, meh kami kongsikan dengan awak semua antara lima pesanan dan nasihat Seokjin khas untuk ARMY, kalau korang bukan peminat BTS pun boleh sahaja nak ambil pesanan dan nasihat Seokjin sebab mungkin berguna untuk korang juga. Hehe

PUJI DIRI SENDIRI

Seokjin selalu beritahu ARMY untuk selalu puji diri sendiri dan tidak terlalu overthinking pada diri. Sebab itu, setiap kali bangun tidur Seokjin suruh kita pergi tengok cermin dan puji diri diri korang itu cantik, comel, hensem dan yeah you look great today! Buat setiap hari dan perlu sentiasa bangga dengan diri kita supaya lebih bersemangat dan explore untuk buat banyak perkara.

HIDUP DENGAN JIWA MUDA

via GIPHY

Kalau korang yang BTS ARMY ini perasan, Kim Seokjin selalu memakai baju tidur yang comel. Style dan fashion Seokjin pun selalunya penuh dengan warna ceria dan comel, betul tak? Ini sebab Seokjin cakap kalau korang hidup dengan gaya hidup seperti orang muda, maka korang pun akan kelihatan sangat muda. Percaya atau tidak, prinsip hidup Seokjin ini memamg menjadi pada dirinya. Walaupun dia yang paling tua, Seokjin memang nampak lebih muda daripada maknae kesayangan BTS dan ARMY iaitu Jungkook, betul tak? Sebab itu dia digelar fake maknae oleh ramai orang.

BE YOURSELF

Sumber gambar: SBS

“I’m so handsome…” “I’m worldwide handsome…” “I love my face…”, ini semua adalah perkara yang selalu BTS ARMY dengar keluar dari mulut Seokjin setiap kali interview atau dalam conversation dia dalam reality show dan lain-lain. Seokjin pernah cakap pada ARMY supaya jadi saja diri korang sendiri dan jangan peduli apa yang orang cakap. Ya, mungkin ada yang cakap, untuk Seokjin bolehlah sebab dia memang kacak, pandai, kaya dan sebagainya. Akan tetapi kalau korang sentiasa buat begitu dan just be yourself, mana tahu dari kata-kata itu boleh jadi kenyataan dan apa yang korang perlukan juga adalah usaha okay! Korang ingat Seokjin itu lahir-lahir dah dapat semua benda itu ke? Dia pun berusaha juga tau

SAYANGI SEKELILING

Ramai BTS ARMY mesti tahu yang Seokjin BTS ini memang seorang yang penyayang pada semua orang termasuklah mak, ayah, abang, BTS, ARMY, semua haiwan peliharaannya dan lain-lain. Memang kalau secara umumnya Seokjin nampak acuh tak acuh pada semua orang tapi sebenarnya dia memang seorang yang penyayang dan akan annoyed kan hidup orang yang dia sayang. Comel betul kan! 

JAGA KESIHATAN

Sumber gambar: Bangtantv

Walaupun Seokjin ada “Eat Jinshow setiap kali dia live video dengan ARMY dan memang semua orang tahu dia suka sangat makan tetapi dia selalu menjaga kesihatan dia dengan bersenam dan akan makan dan minum ubat tradisional kalau sakit. Jadi walaupun korang food lover, kesihatan pun mesti dijaga okay

Walaupun Kim Seokjin BTS ini nampak sahaja seperti tidak kisah hal orang, nampak over confident sampai orang lain tak selesa tapi sepatutnya semua pesanan dan nasihat dia ini memang berguna untuk korang love yourself and speak yourself tau! Sebab dengan cara Seokjin ini, korang tak adalah stress sangat dan korang akan sentiasa gembira untuk diri sendiri dan orang lain. Kalau korang percaya dengan diri sendiri, hasil dan kesan yang akan korang dapat pun akan jadi semua yang baik-baik. Ala… kan ada yang cakap kalau kita selalu ucap yang baik-baik ia akan jadi doa dan akan dimakbulkan. Jadi, mungkin cara pesanan dan nasihat Seokjin nak sampai kan pada ARMY dalam kata mudahnya begitu dan korang tunggu apa lagi? Lepas ini jangan nak insecure pada diri sangat ya! Kalau korang dengar nasihat Seokjin mesti hidup korang happy go lucky sahaja macam dia. Haha

Sumber gambar: vlive.com/BTS

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Siapa Pembunuh Dalam MV Hello? Andi Atau Ismail?

Trick Beli Tiket Wayang Bawah RM10