in ,

Happy Birthday J-Hope! J-Hope BTS Masih Menyinari Hidup ARMY

Sumber gambar: www.vlive.tv/video/175869

Happy birthday to Hobi… Happy birthday to Sunshine… Happy birthday to Hoseok! Happy birthday to J-Hope…Yeay hari ini birthday Jung Hoseok BTS!

Woah! Banyak betul nickname J-Hope! Mesti ramai BTS ARMY sudah tahu hari ini adalah hari lahir sunshine yang sentiasa menyinari hidup BTS dan ARMY adalah J-Hope, betul tak? Selain itu, mesti ramai juga ARMY tahu yang J-Hope adalah salah seorang anggota BTS yang paling crack dan kelakar hanya dengan gelagatnya yang bersahaja itu. J-Hope bukan setakat selalu menghiburkan BTS sahaja, dia juga sentiasa menghiburkan semua BTS ARMY setiap kali konsert mereka, semasa live video, balas komen di media sosial dan lain-lain. Jadi sempena hari lahir J-Hope BTS kali ini, meh LUNARIA kongsikan dengan korang semua antara sebab kenapa J-Hope antara anggota BTS yang selalu digelar personaliti paling menyinar dalam BTS!  

SENTIASA POSITIF

via GIPHY

Perasan atau tidak, J-Hope ini adalah orang yang pemurah dengan senyuman. Tidak kira dimana sahaja, di interview, jumpa peminat, atau di mana sahaja. Memang tak pernah kita tengok dia tak senyum dan sentiasa positif. Ingat lagi atau tidak, dulu pada awal-awal BTS mulakan karier mereka, J-Hope selalu menantikan surat peminat tetapi tak ada seorang pun yang hantar surat pada J-Hope. Apa yang J-Hope buat? Dia cakap “It’s okay, everything gonna be okay” dan sekarang korang tengok J-Hope sudah ada di level mana? Jadi, kalau korang sentiasa positif, mesti korang akan capai kejayaan yang korang inginkan.

MOOD BOOSTER

via GIPHY

J-Hope adalah orang yang paling selalu menjadi mood booster dalam BTS. Dia ibarat vitamin dan supplement yang sentiasa ceriakan hari-hari BTS bila mereka tengah down. Bukan setakat itu sahaja, J-Hope juga adalah orang tengah yang selalu menghubungkan hyung-line dan maknae-line. J-Hope juga kalau korang perasan, dia adalah orang yang sentiasa inginkan kebebasan dan tak peduli dengan apa yang orang cakap dan sentiasa ingatkan kita untuk sentiasa jadi diri sendiri. Apa yang penting bagi J-Hope adalah keluarga, kesihatan dan cinta.

FASHIONISTA

Sumber gambar: koreaboo

Dalam BTS, J-Hope adalah anggota yang paling fashionista. Bukan setakat itu sahaja, ahli BTS lain pun selalu cakap dia high end, luxury and expensive. Ya, memang tak dapat dinafikan gaya J-Hope kemana sahaja pun memang stailo sangat dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dan gaya dia antara yang paling unik selain Taehyung dan Jungkook yang juga memang paling stailo dalam BTS.

DANCE MACHINE 

Sumber gambar: weheartit

J-Hope juga adalah dance machine dalam BTS, kalau korang tengok setiap kali dance practice, J-Hope ini dah macam cikgu tarian kedua BTS pula selepas Son Sung Deuk cikgu tarian BTS yang memang ramai ARMY kenal. Bukan setakat itu, J-Hope juga adalah seseorang yang passionate dalam bekerja dan korang tengok sahaja setiap mixtape dan single J-Hope keluarkan dari Hope World, Chicken Noodle Soup dan Ego baru-baru ini? Mungkin dia bakal bolot semua carta muzik? Memang hebat! 

Jadi, walaupun ada beberapa ada beberapa mulut jahat yang cakap J-Hope adalah anggota BTS yang paling kurang peminat tapi J-Hope ini tetap bersabar dan sentiasa menghibur semua ARMY dengan sama rata! Tak fun betul korang yang solo stan ini! Padahal mereka semua sama sahaja! Dan J-Hope pun lebih banyak peminat di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, korang semua boleh contohi segala sikap J-Hope yang memang cool ini! Sebab cuba cakap, bila sahaja masa yang dia negatif? Kalau tonton Vlive dia pun, selalunya akan ada benda positif sahaja, setuju tak? Dan sentiasa buatkan orang sekelilingnya ceria.

What do you think?

8 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sebab Tripping Jump Challenge, Ada Yang Terkorban

Kenapa Tak Patut Try Makeup Tester Terus Di Muka?