in ,

Hanya Pengguna iPhone Je Faham! #ICanRelate

Sumber gambar: My iPhone Repair

via GIPHY

Girls, korang nak tahu tak sebenarnya kita boleh repair our own phone tanpa susah payah hantar ke kedai? Win! Hehe! Tapi bukan masalah besar.. setakat masalah biasa je kita boleh settle sendiri.. Sebelum kita kena ‘pau’ dengan tuan kedai repair phone yang cekik darah, better try cara Ainaa dulu okay!

CHARGER TAK MASUK

Sumber gambar: ChargeItSpot

Andai kata satu hari korang nak cas handphone, tiba-tiba charger tak masuk… Cable phone yang rosak atau charging port yang problem? Before pergi kedai phone, better korang bersihkan dulu bahagian bawah charging port dengan cotton butt. In case problem hanya disebabkan habuk, jimat la duit daripada kena bayar repair mahal-mahal.

SCREEN TAK BOLEH TOUCH

via GIPHY

Benda paling ditakuti oleh semua iOS user ialah bila phone tiba-tiba hang and screen tak boleh nak touch! First thing first, try force restart (tekan serentak power button + home button selama 5 saat). Then kalau logo Apple tu dah keluar, inshaa Allah lepas tu screen dah boleh touch. Tapi kalau masih sama juga, boleh laa bawa pergi repair..

GLASS BACK CAMERA HILANG

Sumber gambar: AliExpress

As iOS user, korang mesti tahu yang camera ni ialah salah satu benda penting yang kita kena jaga. Once camera problem, dunia akan gelap! JKJK! If let say ring camera belakang tu hilang, korang boleh beli lens camera dengan berharga serendah RM3! Murah je! Kalau pergi repair, confirm kena paksa tukar whole body. At least korang dah jimat banyak duit.

PHONE TERPADAM SENDIRI

Sumber gambar: iFixit

Bila pakai iOS, benda yang kita paling takut ialah bila phone tiba-tiba padam dan tak hidup! Ainaa pernah kena tau.. takut terus hantar phone pergi repair then kena charge mahal kononnya bateri dengan board problem! Before ganti semua tu, korang minta orang kedai ketatkan ribbon dekat belakang phone sebab sometimes masalah tu mungkin jadi sebab ribbon longgar after phone korang dah jatuh banyak kali.

via GIPHY

Apa-apa pun kalau phone korang alami apa-apa masalah macam dekat atas ni, try cari someone yang lebih arif sebelum terus hantar ke kedai! Tapi kalau nak hantar kedai, cari yang betul-betul boleh dipercayai okay! Sekarang ramai orang jual barang fake, orang fake pun ramai! Opss!

What do you think?

10 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Yay! WhatsApp Keluarkan Features Baru 2019!

#InspirasiLuna: Aida Azira.