in ,

Eeuw! Handphone Ada Banyak Bakteria!

Sumber gambar: websites.pdesas.org

via GIPHY

Handphone ni boleh dikatakan sebagai our main gadget dalam aktiviti seharian! But, did you girls know, yang dekat phone tu ada banyak sangat bakteria melekat? Biasa mesti kita akan letak phone dekat dalam poket, dalam beg, atas meja atau ada yang bawa pergi toilet sekali! Opps!

Makin kerap kita pegang handphone tu, makin banyak microorganism yang ada pada tangan berpindah ke handphone! Dan bila phone tengah panas, bakteria akan membiak dengan lebih cepat daripada biasa tau girls.. dahsyat kan?

via GIPHY

#Lunagirls nak tahu something yang lagi seram tak girls? Ada kajian daripada ilmuan Universiti Arizona dapati yang bakteria dekat handphone ni sepuluh kali ganda daripada bakteria yang ada dekat toilet. Euww kotornya girls! Antara bakteria yang ada ialah Escherichia coli, Enterococcus, Streptococcus and banyak lagi.

via GIPHY

Bakteria yang ada dekat kawasan handphone tu akan buat korang mudah dijangkiti selsema! Sebab ia akan berpindah kalau korang banyak sentuh muka after seronok main phone. But don’t worry, ia takkan buat korang kena apa-apa penyakit serius. Tapi tak bermaksud kita tak perlu jaga kebersihan, cuma kita kena berhati-hati okay!

Kalau ada kawan yang tengah batuk, selsema atau demam make sure korang elakkan diri untuk pegang handphone dia tau! Sebab waktu tu bakteria tengah aktif dan dia mesti main phone walaupun tengah sakit.. Huhu!

via GIPHY

Kita memang tak nampak bakteria tu bergerak or membiak.. tapi ia akan masuk ke badan kita melalui mulut, mata, hidung dan telinga! So, make sure korang utamakan kebersihan tau.

via GIPHY

Senang je nak bersihkan phone… #Lunagirls hanya perlu lap je guna kain microfiber dan cecair pembersih! Korang boleh cari dekat kedai aksesori phone. Kalau nak jimat, bersihkan guna wet tissue and selalu bersihkan tangan tiap kali lepas pegang phone okay girls!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sebab Kenapa Gigi Kuning!

Gaya Rambut Mengikut Bentuk Muka!