in , ,

Handbag Nampak Cool Tapi Menyakitkan Badan?

Sumber Gambar: https://www.healthline.com

Masa beli pakaian dan accessories mesti korang akan beli yang tengah trend dan onz kan?Keselesaan tu tolak tepi, asalkan bergaya. Lagi best bila dapat yang cantik lepas tu murah. Sebenarnya girls, kadang-kadang tanpa korang sedar, some of the barang boleh menyakitkan korang tau? Haaa tak percaya ke?

HANDBAG

via GIPHY

Handbag adalah satu accessories yang wajib dibawa ke mana saja. Tapi yang korang tak tahu, handbag ni boleh bagi effect kurang baik untuk tubuh badan especially dekat bahu. Ia akan membuatkan bahu korang sakit seperti kekejangan otot, saraf dan saluran darah tersumbat. Ye la, kadang-kadang kan kita bawa handbag terlalu lama, berat pula jangan cakap la, kalau boleh semua barang nak sumbat masuk dalam tu..

CERMIN MATA HITAM

Sumber Gambar: https://proekt-edem.com

Biasanya kita pakai cermin mata hitam untuk menghalang daripada terkena silau cahaya matahari, sometimes hanya sebab nak nampak cool. Tapi girls, cermin mata hitam ni tak menjamin 100%  melindungi mata dari sinaran UV.  Lagi-lagi kalau korang beli yang murah, memang tak ada apa-apa lapisan pun, hanya ada tinted hitam je. So, hati-hati tau bila beli spek mata hitam tu make sure selamatkan mata dulu dari nak style semata-mata.

JEANS

via GIPHY

Jeans adalah pakaian selesa yang sering dipakai bila nak keluar, tapi kalau jeans yang terlalu ketat atau skinny jeans boleh mendatangkan bahaya pada kesihatan kita tau. Sebab ia boleh mengganggu perjalanan darah dari mengalir dengan lancar dan berisiko tinggi dalam menambahkan selulit pada badan. Bukan tu je, korang pun akan terasa gatal dan tidak selesa sebab kulit tidak dapat bernafas dengan baik, nanti mula la menggaru sampai merah-merah.

BAJU TIDUR

via GIPHY

Bagi girls yang suka pakai baju tidur, better elakkan pakai baju tidur yang ketat. Ini kerana ia boleh menyebabkan kegatalan, infection, pembiakan bakteria dan bermacam lagi. Sebab bila tidur, kita akan berpeluh, pusing ke sana sini, belum lagi dengan cuaca panas malam-malam. Kalau boleh pakai baju tidur yang loose dan selesa. Baru la boleh tidur dengan nyenyak!

Ha! Mesti korang tak sangka pakaian dan accessories macam ni boleh bagi menjejaskan badan korang kan? Ala bukannya tak boleh pakai langsung, boleh je tapi jangan pakai selalu, okay girls.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Eww! Patut La Keputihan Makin Teruk. Rupanya Sebab…

Set Date Dengan Jodoh Guna Facebook?