in ,

Hairstyle Yang Mungkin Buatkan Korang Mudah Kepala Sakit

Sumber gambar: Pinterest.com

Aduh sakit kepala… Takkan sebab ikat rambut lama sangat pun boleh jadi sakit kepala? Getah ketat sangat ke?

Sekarang ini tengah musim panas, dapat pula sekali pakej sakit kepala boleh buat moody sehari suntuk ya. Pernah tak korang terfikir punca lain sakit kepala yang sedang korang hadapi sekarang ini? Sakit kepala boleh disebabkan beberapa perkara iaitu perut kosong, masuk angin, kurang gula dalam badan, tekanan darah rendah dan beberapa lagi. Salah satu punca lain yang kita seringkali tidak sangka ialah kesalahan mengikat rambut. Ya, ikat rambut terlalu ketat dan sentiasa mengamalkan hairstyle yang sama juga akan menyebabkan korang rasa sakit kepala. Bukan itu sahaja, ada beberapa hairstyle yang membuatkan akar rambut kita tertarik sehingga menyebabkan sakit kepala. Nak tahu tak hairstyle apa yang korang perlu elakkan untuk elak rasa sakit itu? Check it out guys…

PONYTAIL KETAT TAK BERNAFAS

Pin on celebrity fashion and beauty
Sumber gambar: Pinterest

Ikatan rambut paling simple sekali pastinya gaya ponytail. Ambil semua rambut, kumpulkan dan ikat terus. Tapi macam mana pula dengan ikatan ponytail yang ketat sampai nampak akar rambut?Ikatan ponytail semestinya mudah buat semua orang terutamanya para hijabis yang rushing nak bersiap. Dalam tak sedar sebenarnya ponytail ini menyakitkan kepala kita sendiri kerana rambut diikat dengan ketat sehingga menyebabkan akar rambut berada dalam keadaan tegang. Penyanyi antarabangsa, Ariana Grande sendiri mengakui bahawa dia mula diserang sakit kepala sekitar tahun 2018 selepas kerap mengenakan gaya rambut ponytail ketatnya. Ia menyebabkan saraf kepala tertarik terlalu lama sehingga menghantar signal rasa sakit pada sel otak.

DOUBLE HAIR BRAID

Double braid images on Favim.com
Sumber gambar: Favim

Sekali sekala nak feeling princess sekejap tapi end up rasa sakit kepala pula sebab ikat ketat sangat. Lebih menyakitkan apabila ikatan double braid ini akan buat kepala kita bertambah sakit kerana tekanan yang diterima oleh akar rambut. Bukan sebelah tetapi dua belah kepala terpaksa menahan rasa sakit. Biasanya kalau ikat braid memang akan ikat dengan ketat supaya dapat volume braid yang cantik itu. Nak cantik memang kena tahan sikit sakit tapi sebaiknya elakkan ikat terlalu ketat ya.

HAIRBUN

aesthetic, alternative, bun and grunge - image #4366343 on Favim.com
Sumber gambar: Favim

Nampak orang lain ikat rambut gaya hairbun macam senang je sanggul simple then settle. Memang ikatan hairbun ini jenis messy style tapi ia juga membuatkan rambut kita ‘sesak nafas’. Ini disebabkan kerana kesemua rambut kita diikat dan dibawa ke bahagian atas kepala which is ia merupakan kedudukan paling tinggi sekali sehingga akan menyebabkan kita mengalami rasa sakit kepala. Tak salah nak ikat hairbun messy sekali pun tetapi jangan terlalu kerap dan terlalu ketat okay.

BOX BRAID

can you believe shes 15 #model #girl #tumblr #aesthetic #fff #sfs can you believe shes 15 #model #girl #tum… | Hair styles, Box braids hairstyles, Curly hair styles
Sumber gambar: Pinterest

Beberapa bulan lepas hairstyle box braid ini hangat diperkatakan apabila ramai individu termasuk selebriti tempatan membuat gaya rambut seperti ini. For those yang tak tahu, box braid ialah berasal dari Afrika dan mula diperkenalkan di sana sejak tahun 3500 SM lagi. Gaya rambut ini melambangkan suku kaum, status perkahwinan, kekayaan, kekuatan dan agama seseorang itu di sana. Sebab itulah mengapa kita tak digalakkan untuk membuat gaya macam itu kerana ia melambangkan budaya masyarakat lain. Pada masa yang sama gaya rambut itu juga membuatkan kita rasa sakit kepala kerana ia akan menarik kesemua rambut bagi membentuk box braid itu sendiri. Biasanya kalau korang berkunjung ke Thailand, mesti korang akan nampak kedai menawarkan perkhidmatan box braid sebab di sana ia dianggap satu trend.

For hijabis, mungkin korang selalu rasa sakit kepala bila terlalu lama pakai tudung dan ikat rambut.  Kalau korang selalu hadapi masalah seperti ini, make sure jangan ikat rambut terlalu ketat supaya akar rambut dapat bernafas di dalam tudung. Apa pun, elakkan untuk selalu ikat rambut okay girls. Sekali sekala bagi rambut berehat sekejap.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dulu Hanya Peminat K-Pop, Sekarang Dapat Masuk Satu Agensi!

Tudung Tak On Point? Korang Kena Cuba Cara Ini…