in , ,

Haipp! Jangan Stress.. Jom Main Game! ๐ŸŽฎ

Sumber Gambar: https://online.lovetoknow.com

via GIPHY

Hello #Lunagirls, korang ada tak lately ini rasa macam sedikit tertekan dengan kerja sekolah, aktiviti koko dan sebagainya? Sampai kadang rasa nak pecah kepala. Itu biasalah girls, lagi-lagi pada kita yang meningkat dewasa ini. Ala! #Lunagirls, jangan fikir banyak sangat. Jom, kita tenangkan hati dengan main game yang Ummi share ini. Katanya boleh hilangkan stress.

MONUMENT VALLEY

Sumber Gambar: https://www.invisionapp.com

Game ini berbentuk puzzle yang menceritakan adventure Puteri Ida dalam mencari jati dirinya ataupun erti kehidupan. Apa yang menarik adalah graphic game ini dan jenis-jenis puzzle dekat dalam itu. Ia boleh hilangkan stress, sebab bila korang sibuk untuk mencari jawapan, korang akan lupa semua masalah ituย girls!

PRUNE

Sumber Gambar: https://gigazine.net/

Sebuah experimental game yang mendekatkan diri kita dengan nature. Dalam game ini, korang kena tanam pokok dan tengok pokok mana yang akan hidup, sama ada dekat dengan matahari ataupun jauh. Game ini mempunyai graphic yang baik dan bunyi yang menenangkan korang. Nampak macam tak best je, tapi korang kena main dulu baru tahu rasanya.

THOMAS WAS ALONE

via GIPHY

Ini pun game puzzle berkotak yang mempunyai nama, karateristik, dan keistimewaan yang berbeza. Apa yang membuatkan ia lagi gempak sebab ia ada soundtrack dan jalan cerita yang luar biasa. Jadi dalam masa korang solve the puzzle, adalah juga hiburan yang menenangkan hati korang.

NEKO ATSUME: KITTY COLLECTOR

via GIPHY

Siapa peminat kucing tapi parents tak bagi bela? Ha! Jangan sedih ya, korang boleh download game ini dan bela lah seberapa banyak kucing yang korang nak. Korang mesti akan tersenyum je, bila tengok kucing-kucing ini bermain dengan mainan yang korang bagi. Korang juga boleh bagi nama sendiri, dengan karakter kucing tertentu. Bila tengok virtual dan animasi ini, pasti korang akan tenang.

Ini adalah beberapa game yang akan membuatkan korang hilang stress. Jangan risau game ini boleh didapatkan di iOS dan Google Play tau. Lagi satu #Lunagirls, selain menghilangkan stress, ia juga boleh memberi satu kehidupan baru dan kepercayaan pada diri sendiri.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cuba Guna Kamera Ni Kalau Nak Jadi Instafamous!! ๐Ÿ˜Ž

Terlepas Konsert BLACKPINK? Trivia Special Untuk #BLINKS!