in ,

Haip! Kenapa Suka Bermalasan Ni!

Sumber gambar: We Heart It

via GIPHY

Sikit-sikit malas… Baru buat kerja sikit dah bagi alasan penat, tak larat dan macam-macam lagi! No no #Lunagirls.. Perasaan malas akan datang tanpa di duga.. Tapi sebenarnya ada cara untuk hilangkannya tau! Orang kata siapa yang malas akan rugi! So harini LUNARIA akan bantu korang untuk hilangkan perasaan malas tu! Haiyakk!

TAK ADA YANG SEMPURNA

via GIPHY

#Lunagirls, dalam dunia ni tak ada benda yang sempurna and that’s why waktu korang buat sesuatu kerja tu, jangan expect it will be perfect! Settle dulu kerja yang nak di buat dan jangan fokus sangat pada kerja yang akan datang.. Cuba untuk buat kerja ikut step okay girls!

BUAT TO DO LIST

via GIPHY

Jujur cepat, siapa suka tangguh buat kerja sekolah? Hehe! It’s okay girls, apa yang korang kena buat ialah sediakan ‘to do list’ setiap hari supaya kerja tak tertangguh.. Buat kerja yang paling penting dulu supaya korang tak rasa extra malas! Lepas tu, buat reminder sekali dekat phone tak adalah senang lupa! Hihi!

TUKAR LOKASI BELAJAR

via GIPHY

Sometimes tempat study yang sama buatkan korang rasa malas nak buat kerja! So why not pindah tempat belajar dari satu lokasi ke lokasi yang lain supaya boleh ‘panggil’ mood study yang dah bertukar jadi malas tu. Fikiran pun akan jadi fresh juga tau!

TETAPKAN MASA

via GIPHY

Setiap kali nak buat kerja, tetapkan berapa banyak masa yang diperlukan untuk siapkan! Aktiviti ini akan buat korang lebih semangat dan kurang rasa malas.. Disiplinkan diri supaya siapkan kerja ikut masa yang ditetapkan!

Senang je girls kalau nak buang sifat malas dalam diri.. Korang hanya kena lebih disiplin dengan diri sendiri sebab semua tu pun untuk kebaikan diri kita! Tapi kalau sekali-sekala nak bermalasan pun boleh je.. cheat day satu hari untuk reward diri kita! Sambil korang bermalasan tu.. jangan lupa layari laman web www.hotfm.com.my dan klik Playlist Hot X untuk dengar lagu-lagu pilihan yang menarik!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Eeee.. Rambut Ke Penyapu Ni?

Ada Beza Ke Sunscreen Dan Sunblock?