in ,

Haip! Jangan Sensitif Sangat Please!

Sumber Gambar: https://www.hercampus.com/

Happy Saturday girls! Kejap je dah nak habis cuti seminggu.. Cepatnya habis cuti! Ughhh! Kadang-kadang sebab kecil pun boleh rasa sensitif.. Tapi #Lunagirls, sensitif ni ada level tau! Ada sensitif manja-manja dan ada yang over sensitive! Kalau nak tahu korang sensitive ke tak, meh baca ni!

EMOSI PADA SITUASI TERTENTU

via GIPHY

Korang salah seorang ‘hati tisu’ kalau senang menangis dengan hanya tengok drama dekat televisyen, lagi-lagi cerita Korea! Untuk korang mungkin “Ala! Aku menjiwai tau cerita ni” tapi orang lain akan nampak lain! Hihi! Tapi disebabkan emosi korang yang senang menjiwai ini, korang dikategorikan sebagai seorang yang sensitive tau. Senang tersentuh!

SUKA BERSENDIRIAN 

Sumber Gambar: https://figopetinsurance.com

Selalunya bila hari sukan atau merentas desa, kawan-kawan lain memang excited nak pergi sebab bukan nak lari sangat pun tapi nak lepak atau membawang! Hehe! Tapi korang tak nak, bagi korang benda macam tu such a waste of time, baik duduk rumah, baring ke atau pun kata mudah korang lebih suka habiskan masa bersendiri!

AMBIL MASA UNTUK BUAT KEPUTUSAN 

via GIPHY

Eh! Ni satu sifat yang bagus tau. Walaupun lambat tetapi setiap keputusan yang diambil oleh orang yang sensitif akan memberi kesan terbaik. Kenapa lambat? Yelah, bila suka bersendirian, jadi sambil sendiri tu temenung dulu sebelum buat keputusan dan ia bagus dari melakukan keputusan terburu-buru.

TERLALU DETAIL

via GIPHY

Selain berhati-hati ketika mengambil keputusan, korang juga akan lebih detail dan peka dengan benda-benda kecil. Contohnya kena buat kerja group, so sambil bersendiri dan temenung hadap benda yang dibincangkan tu mesti korang akan come out with something yang orang lain tak nampak.

TERLALU STRESS

Sumber Gambar: https://www.medibank.com.au

Kebiasaan orang yang sensitive ni akan senang termakan dengan kata-kata orang, macam “Eii! Kau ni sensitive sangatlah” balik tu mesti korang akan terfikir-fikir. “Eh! Betul ke aku sensitive?” “Orang tak suka aku ke?”, Ha! Itu menunjukkan korang ni sensitive!

#Lunagirls ada tak tanda-tanda orang yang sensitive atau pun ada tak kawan-kawan korang yang macam ni? Bersifat sensitive ada baik dan buruknya, jadi LUNARIA ambil yang baik sebagai tauladan hidup dan jauh-jauhkan dari kesan yang buruk okay!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Maigadd! Kantoi Pula Tengah Stalk!

Suka Tidur Meniarap? Watch Out Girls!