in ,

Hadiah Peminat K-Pop Bagi K-Idol Yang Mungkin Buat Korang TERKEJUT!

Sumber gambar: starbiz.net

Tidak hairan kalau kita selalu dengar ramai K-Pop idol selalu dapat banyak hadiah daripada peminat mereka. Senarai hadiah yang dikongsikan kali ini adalah antara hadiah mereka yang sangat wow and another level gais. Rasanya tidak semua orang yang mampu untuk beri hadiah seperti peminat tegar ini. Bila bercakap tentang birhday, sudah pasti akan ada ramai peminat yang buat projek special, ada yang sanggup bayar untuk iklan dan paparkan ucapan dan poster idola mereka dan ada juga yang beri hadiah yang menarik dan unik. Apa yang lagi mengejutkan apabila ada yang sudi berikan K-Pop idol mereka hadiah yang berharga.

G-DRAGON BIG BANG – HUTAN DI PULAU JEJU 

Sumber gambar: hype my

Bagi meraikan ulang tahun ke 28 G-Dragon pada tahun 2017 lalu, beberapa peminat GD telah memberikan hadiah yang paling menarik untuk GD. Mereka dikatakan berusaha untuk projek 50 tanaman pokok buah oren hutan di Pulau Jeju. Bukan setakat itu sahaja, malah mereka menamakan hutan itu “Kwon Ji Yong Forest” iaitu nama asal GD. Buah oren yang telah masak pula akan disumbangkan kepada seluruh kegiatan amal dan sosial. Woah! Hebat ke tidak peminat GD?

JUNGKOOK BTS – EMAS

Sumber gambar: pinterest

Hadiah kali ini sesuai dengan gelaran yang Jungkook BTS dapat iaitu Golden Maknae. Jeon Jungkook pernah mendapat emas sempena hari lahirnya. Jungkook mendapat jongkong emas seberat 50 gram dari peminatnya dan ia adalah hadiah yang paling unik setakat ini bagi seorang K-Pop idol. Peminat Jungkook siap cakap yang dia tempah khas emas itu untuk Jungkook sebab dia nak Jungkook rasa istimewa sempena hari lahir dia. Kalau dah nama peminat tegar, mereka akan sanggup buat apa sahaja untuk buat idola mereka gembira.

CHANYEOL & BAEKHYUN EXO – ROLEX

Sumber gambar: pinterest

Selain itu, Chanyeol dan Baekhyun EXO pernah dapat jam berjenama Rolex dari peminat mereka! Chanyeol dapat jam Rolex bersempena hari lahir dia yang ke 25 pada tahun 2017 lalu. Baekhyun pula dapat jam Rolex daripada seorang peminat yang kaya raya yang mempunyai fan site dibawah nama Polar Light. Kedua mereka juga dikatakan selalu memakai jam pemberian peminat mereka. Mesti kedua peminat mereka rasa terharu dan rasa dihargai bila idola kesayangan memakai hadiah pemberian mereka. 

SEHUN EXO – TANAH DI SCOTLAND

Sumber gambar: all kpop

Kalau GD dapat pulau, Sehun EXO dapat tanah di Scotland! Oh Sehun Bar adalah sebuah kumpulan peminat Sehun EXO yang kaya mereka memang another level sebab mereka sangat terkenal dengan hal seperti beri hadiah yang mahal. Kumpulan peminat ini berasal dari China ini dikatakan telah memberikan Sehun tanah di Scotland, United Kingdom bersempena ulang tahunnya yang ke 22! Mereka juga siap beri nama pada tanah di Scotland itu dengan nama “Lord Oh Sehun”. Jinjja daebak hadiah Sehun! 

MINGYU SEVENTEEN – BARANG BERJENAMA

Sumber gambar: South china morning post

Untuk ulang tahun kelahiran Mingyu SEVENTEEN yang ke 20 tahun, Mingyu telah menerima lambakan hadiah barang berjenama seperti Givenchy, Dolce & Gabbana, Saint Laurent, dan Louis Vuitton. Apa yang menariknya, ketika mendapat semua hadiah daripada peminatnya, Mingyu putuskan untuk kongsi hadiah itu dengan anggota SEVENTEEN yang lainnya sebab terlalu banyak. Gigih ya peminat mereka kumpul duit dan belikan hadiah bernilai tinggi kepada idola. 

Sesetengah peminat K-Pop sangat kagum dan terlalu sayangkan K-Pop idol mereka. Jadi tak perlu hairanlah jika korang selalu nampak mereka sanggup buat apa saja termasuk habiskan duit untuk beri hadiah special untuk idola mereka. Jadi, dalam banyak-banyak hadiah peminat K-Pop ini, mana satu yang paling buat korang tercyduk? Kalau ada peminat atau crush kita bagi hadiah seperti diatas, fuh.. hati siapa tak tercyduk! 

What do you think?

10 points
Upvote Downvote

Comments

Komen
  1. Jhope dpt bintang , ada army hadiah kan dia bintang yang paling terang nama bintang tu dah jadi junghoseok and ngc55 yang sekarang dah jadi hope world , gempak kann

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aplikasi² Penting Perlu Ada Dalam Phone Setiap Perempuan

8 Insiden Dan Kemalangan Teruk Pernah Menimpa K-Idol