in , ,

Had Umur Main TikTok Dikuatkuasa Sekarang!

Sumber gambar: Lunaria.com.my
Sumber gambar

Setiap hari buka mana-mana social media, mesti ada je orang post video TikTok. Sampai kadang-kadang confuse ni Instagram atau TikTok?

Since TikTok dilancarkan pada 2017 yang lepas, apps ni makin jadi kegilaan ramai teenagers, lagi-lagi budak sekolah. Betul tak? Bukan setakat dalam Malaysia je tapi satu dunia semua gunakan TikTok.

Tapi dalam ramai yang gunakan apps ni, ada juga pengguna yang tak bertanggungjawab sesuka hati tinggalkan komen negative atau komen lucah dekat video yang berkenaan. Ada juga orang gunakan TikTok semata-mata sebab nak puaskan nafsu buruk sambil tengok video orang gelek-gelek dekat situ. Sebab tu sekarang ni pihak TikTok ambil keputusan untuk update beberapa fungsi keselamatan untuk make sure pengguna boleh gunakan apps ni dengan selamat.

HAD UMUR

Image result for kids play tiktok
Sumber gambar

Setiap media sosial ada had umur yang perlu pengesahan umur pengguna. Tapi ada je pengguna yang siap tipu had umur semata-mata nak sign in. So sekarang, had umur untuk sign in TikTok ialah 13 tahun ke atas. Budak-budak sekolah rendah memang takkan boleh nak sign in la sebab tak cukup umur. Please jangan tipu umur ya korang, ada sebab kenapa sesetengah apps tu letak had umur untuk register.

MASA BERSOSIAL

Banyak dah kita dengar berita kematian sebab terlalu obses sangat main media sosial sampai sanggup tak buat benda lain. Tak bosan ke menghadap phone je sepanjang hari? Sekarang TikTok dah hadkan masa penggunaan untuk apps ni selama 40, 60, 90 atau 120 minit sahaja dalam masa sehari. Kalau dah lebih masa, secara automatic account akan log out.

FILTER KOMEN NEGATIVE

via GIPHY

Macam yang Ainaa cakap tadi, ada pengguna yang tak bertanggungjawab tinggalkan komen negative dekat ruangan komen. Sebab tu sekarang komen negative akan di-filter which is ada sebanyak 30 jenis perkataan negatif dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu akan ditapis, Kiranya komen negative tu akan terus disorok dan korang takkan dapat baca benda tu.

PRIVASI

Before this sesiapa je boleh follow, komen atau bagi reaction dekat video yang korang share. After this no more! Korang sendiri boleh tentukan siapa yang boleh komen, follow, bagi reaction dan hantar private massage. Kalau ada orang yang korang tak suka tu, boleh la terus ignore je dia atau block terus, hehe!

Bagi Ainaa yang tak main sangat apps TikTok ni, Ainaa rasa ada bagusnya pihak TikTok buat macam tu. At least tak ada la orang lain sesuka hati nak cyber bully! Semuanya akan selamat as long as korang bijak menggunakannya.

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

j-hope ‘Chicken Noodle Soup (feat. Becky G)’ MV REACTION | LUNAREACTS

Cara Berkesan Untuk Cepatkan Period!