in , ,

Haa! Ikut Cara Ni Kalau Takut Powerbank Meletup!

Sumber gambar: www.unrealengine.com

Sekarang ini, kalau ada smartphone kena ada powerbank sekali! Kalau boleh powerbank itu sampai dua, tiga biji dalam beg! Siapa macam itu, mengaku cepat #Lunagirls? Sebab Ummi ada 2! Hihi.. Tapi sebenarnya kalau powerbank yang power, korang hanya perlu satu je tau! Ummi pun baru tahu dan sangat excited nak kongsikan tips ni dengan korang!

BRAND TERKENAL

Sumber Gambar: https://powerbankpineng.weebly.com/

Ha! Kalau nak beli powerbank, janganlah suka-suka beli jenama yang tak dikenali. Korang kena tahu dan survey brand apa yang bagus, supaya powerbank korang itu terjamin dan tahan lama! Kalau beli yang biasa dan murah itu bukan tak boleh, tapi barangan elektronik ini mesti ada standard tertentu sebelum dijual. Selalunya elektronik murah menggunakan bahan yang low budget!

BELI BATERI LI-POLYMER

Sumber Gambar: https://www.easyacc.com

Sebelum nak beli, #Lunagirls kena check bateri powerbank ini jenis Li-Ion atau Li-Po. Make sure beli powerbank yang menggunakan bateri Li-Po sebab ia lebih stabil dan tahan lama berbanding Li-Ion! Kalau tengok dekat powerbank tu tak ada tulis apa-apa langsung, jangan beli okay! Sebab yang tu lagi bahaya girls!

PILIH KAPISITI SESUAI

via GIPHY

Ini satu lagi tips penting yang kita kena ikut! Kita kena beli powerbank yang mempunyai kapisiti dua kali ganda dari bateri phone kita.. Sebab powerbank akan menghantar 70% hingga 80% daripada jumlah bateri phone sekarang! Jangan beli powerbank sebab lawa je okay, kapisiti pun kena ambil kira!

CE DAN FCC 

via GIPHY

Sefikasi bermaksud powerbank yang dapat certificated dari FCC, US Federal Communication Commision dan CE, European Standard! Dua benda ni diperlukan tau, untuk menjamin kualiti dan korang akan tahu yang powerbank itu terjamin sebab ia telah diuji! Kalau yang tak ada, jaga-jaga girls! Terus beli lain okay?

Beli powerbank bukan main beli je tau, #Lunagirls boleh cuba ikut tips Ummi mention dekat atas okay? Ada tak apa-apa lagi yang korang nak tahu pasal powerbank, boleh comment dekat bawah ini atau send DM dekat Instagram @Lunariamy..

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Port Dalam Kelas Paling Boekk Gaiss!

Argh! Bila Rambut Nak Panjang…. Asyik Kontot Je! 😭