in ,

Gurauan Paling Tak Onz Yang Korang Tak Patut Cuba Langsung

Sumber gambar: instagram.com/zikryzaherman

Memang seronok kalau kita dan kawan-kawan selalu bergurau dan gurauan itu tidak ada orang pun yang terlalu sensitif dan menyakitkan hati kawan-kawan. Akan tetapi, untuk pengetahuan kita semua. Ada beberapa gurauan yang paling tak onz untuk kita buat kepada kawan-kawan. Tidak kira lah sampai umur korang berapa tahun sekali pun dan juga tidak kira se-terbuka mana fikiran kawan-kawan korang. Jom kita tengok, gurauan apa yang korang tak patut cuba langsung kepada sesiapa pun!

BODY SHAMING

via GIPHY

“Eh kau kan besar, kau lah angkat kerusi ini. Haha”, “Haha! Muka kau buruk, ingat Aaron tu nak ke dekat kau? LOL”. Ha! Ini antara gurauan paling tak best kalau korang cuba untuk berbual dengan kawan korang. Kalau korang nak tahu, sekarang ini siapa body shaming orang lain, mereka akan diambil tindakan tau! Lagi pun sekarang ini dah semakin maju, rasanya ramai yang lebih berfikiran terbuka tentang bentuk badan dan korang ingat yang selalu kena body shaming itu, mereka tak nak ke ada badan yang sihat dan fit? Lepas ini, kalau boleh stop body shaming okay!

NAMA IBU AYAH

via GIPHY

Pernah tak dengar nama ibu atau ayah kawan korang nama mereka yang agak unik dan lain daripada nama seperti kebiasaan kita dengar? Kalau boleh, nama keluarga kawan-kawan korang jangan dibuat bergurau okay! Contohnya, nama ayah dia memang Pensil Bin Pen. Lepas itu korang bahan nama ayah kawan korang setiap kali nampak Pensil. Jangan nakal-nakal eh korang! Hehe!

AIB PERKARA SENSITIF

via GIPHY

Selain dari itu, korang jangan pula selalu bergurau dengan perkara yang sensitif. Contohnya dengan sebut aib kawan korang seperti kata mereka miskin ke, mereka kurang pandai belajar, rahsia tentang mereka punya boyfriend or girlfriend ke dan lain-lain. Mungkin kalau korang gurau dengan cara ini, korang dan kawan akan bergaduh sebab mereka terasa. Jadi, untuk mengaibkan kawan is a no no no!

LAWAK LUCAH

via GIPHY

Ini pun antara perkara yang paling serius di kalangan kita dan kawan-kawan. Jangan cakap bila dengan kawan, korang dah dapat green light untuk membuat gurauan lucah dengan memandang kawan korang dengan ghairah lebih lagi kawan yang berlainan jantina, cakap perkara lucah atau tunjuk isyarat lucah dengan kawan sebab ini adalah sesuatu yang tak patut berlaku pun dalam circles of friends kita sampai bila-bila. Dan korang tak malu ke kalau orang lain tahu korang suka melucah? Ish! Ish! 

Bak kata orang, ini sudah ibarat gurauan yang tiada modal, setuju tak? Pada hal, ada banyak lagi perkara dan kreativiti untuk bergurau yang korang boleh buat pada kawan tapi korang tak pernah cuba pun. Boleh saja korang nak bergurau, buat pickup line, tease tentang crush mereka, tickles kawan dan sebagainya yang boleh dicuba. Asalkan korang jangan pernah cuba untuk buat gurauan dengan empat perkara ini sebab mungkin kawan korang boleh maafkan tapi korang dah buat mereka sedih tau! Jadi selepas ini, nak bergurau boleh tapi berhati-hati dengan perkara yang korang nak usik itu ya! Hehe! 

What do you think?

10 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak Tambah Berat Badan? Jom Mulakan Challenge Ini!

Bila Masa Sepatutnya Siapkan Kerja Sekolah?