in ,

Guna Yogurt Je As Makeup Remover..

Sumber gambar: https://www.bravotv.com/blogs/this-is-why-quinoa-is-the-skincare-hero-you-should-try-asap

Alamak! Macam mana nak cuci makeup ni kalau makeup remover pun dah habis? Habis rosak muka kalau tak cuci before tidur..

Ehemmmm! Tengah emergency tapi tak ada makeup remover habis? Jangan risau girls, kalau korang dah kehabisan makeup remover, apa kata pergi buka peti sejuk dan ambil yogurt! Eh.. bukan untuk makan tau, tapi untuk dijadikan sebagai makeup remover! 

Sumber gambar: https://lhuwenkai.com/2015/02/24/cnyfatloss/

Yogurt ialah makanan yang berasaskan susu dan sebelum jadi yogurt, ia akan lalui proses fermentasi bakteria.. Proses tu yang akan buat susu tu bertukar jadi yogurt! Since ada banyak jenis yogurt dekat pasaran, korang tak boleh la pakai ambil je yogurt yang ada depan mata..

Pilih yogurt perasa asli, tak kisah jenama apa pun. Jangan pula korang pakai yogurt perasa mangga, nanti bukan buat makeup remover tapi masuk mulut terus.. Burpp! Yogurt mengandungi banyak protein dan berupaya untuk bersihkan semua kotoran makeup dekat muka kita..

Caranya, korang just letak sedikit yogurt dekat cotton pad then cuci makeup macam biasa. Jaga-jaga dekat bahagian mata tau, jangan sampai yogurt masuk dalam mata pula. Lepas dah cuci, bilas muka dengan air suam.

Sumber gambar: https://cooking.nytimes.com/guides/52-how-to-make-yogurt

Korang akan rasa kulit muka lebih lembut dan anjal.. Sel kulit mati pun akan berkurangan, lagi-lagi kalau korang buat yogurt tu as mask juga. Banyak tau kegunaan yogurt ni sebenarnya, bukan setakat untuk cuci makeup atau lembutkan kulit tapi elok untuk kurangkan kesan sunburn.

Selain baik untuk kulit, yogurt juga dapat bantu sistem pencernaan berfungsi dengan lebih baik at the same time jadi makanan ‘wajib’ untuk korang yang tengah diet sebab ia akan buat kita rasa kenyang.

So lepas ni kalau makeup remover dah habis dan tak cukup duit nak beli, guna je yogurt dekat dalam peti tu. Jangan lupa minta kebenaran owner yogurt tu dulu ya, nanti satu hal ada orang merajuk yogurt dia ‘hilang’.. Huhu!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Selamat Datang Ke ‘Dunia’ #Friendzone!

Amaran Apps Palsu Untuk Pengguna Android!