in ,

Guna Cara Ini Nak Jimat Makeup Raya!

Sumber Gambar: http://yaadhustletv.com/

Lagi dua minggu nak raya.. #Lunagirls dah ada cara makeup untuk pagi raya nanti? Warna eyeshadow dah pilih? Lipstick warna apa? Sekarang ada pelbagai produk, cara dan teknik makeup.. Tapi kalau asyik nak ikut trend, boleh kering duit poket.. Meh Ummi ajar teknik guna barang sedia ada! Tak percaya ke? Tak cuba tak tahu girls!

PIPI TAJAM

via GIPHY

Selalu kita guna highlighter ini pada hujung cheek bones, untuk ada kesan pipi shining gitteww.. Apa kata #Lunagirls ubah sikit dan pakai highlighter selari dengan corner mata ke bawah pipi! Ia akan membuatkan pipi korang lebih menonjol dan tajam bila terkena cahaya tau.. Tapi jangan letak banyak sangat! Nanti nampak macam Maleficent pula! Opss..

 HIGHLIGHT HIDUNG

Sumber Gambar: https://www.fimela.com/

Selalunya kita terikut dengan trend pakai highlighter di bahagian batang hidung.. Tapi kalau #Lunagirls nak tahu, tak semua bentuk muka sesuai tau! Jadi apa yang kita boleh buat adalah dengan meletakkan highlighter di bahagian hujung hidung.. Ia akan buatkan hidung kita nampak mancung secara natural tau! Hanya satu dot and there you go! 

GANTIKAN TONER

Sumber gambar: https://beautylookshq.com/

Toner benda paling penting kita pakai selepas mandi! Tapi kalau nak lebih onz, apa kata #Lunagirls gantikan toner dengan losyen muka! Tips ni penting untuk bagi #Lunagirls yang mempunyai kulit kering. Ini kerana toner mengandungi alcohol yang mengeringkan kulit! Musim raya dan cuaca yang panas ni lebih elok kita jaga kelembapan kulit.. barulah selfie kita onz!

EYESHADOW

via GIPHY

Eyeshadow ini bukan je kita boleh guna pada bahagian mata tetapi beberapa tempat yang lain juga tau! Contohnya kalau korang terlupa bawa blusher, contour or highlighter. #Lunagirls guna je eyeshadow yang korang ada! Tapi make sure dengan warna yang sesuai.. Jangan warna pelik-pelik pula ya.. Nanti terkejut makcik sebelah rumah tu!

Tak semestinya time raya je kita nak beli barangan makeup baru! Sebenarnya kalau guna barangan yang sedia ada akan buatkan korang lebih kreatif untuk ubah suai make up or product kit tu! Mudah  sangat kan? Katakan tidak pada pembaziran!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Baju Raya Paling Onz 2019!

Pengguna Huawei Sebenarnya ‘Spy’? Be Careful Ya…