in ,

Gummy Smile Seperti Jennie BLACKPINK, Ini Yang Korang Harus Tahu

IEeii bencinya tengok gambar sendiri! Tak reti la nak senyum ni. Nanti over sangat bila senyum nampak gigi tapi kalau tak senyum nampak berlagak sangat pula! Ish benci la macam ni!

Sumber gambar: Pinterest

Pernah tak korang tengok sesiapa yang mempunyai masalah gummy smile ni? For those yang tak tahu, gummy smile terjadi apabila terdapat terlalu banyak tisu gusi sehingga menyebabkan gigi kita menjadi pendek seterusnya membuatkan senyuman kita jadi tak seimbang. Bila senyum je nampak terlalu banyak gusi berbanding gigi. Biasanya gummy smile ini boleh diwarisi daripada keluarga.

Let say kalau ada salah seorang daripada ahli keluarga korang mempunyai gummy smile, tak mustahil korang pun akan mewarisi gummy smile ini. Jangan risau, gummy smile bukan la tanda korang dah tak cantik atau tak normal. Masih lagi normal cuma ada certain orang akan melakukan pembedahan bagi membuang sedikit bahagian gusi pada kawasan gigi hadapan. Contoh selebriti Malaysia yang mempunyai gummy smile ialah Zahirah Macwilson, Jennie Blackpink dan ramai lagi. Walaupun mereka mempunyai gummy smile tapi mereka tetap cantik, begitu juga diri korang!

Ada beberapa kesan terhadap individu yang mempunyai gummy smileย ini…

GUSI NAMPAK MENONJOL

Senyuman merupakan salah satu benda yang dapat tarik perhatian sesiapa yang melihat, lagi-lagi bila nampak gigi tersusun tu… Tapi kalau ada gummy smile ni, susah sikit la nak senyum nampak gigi sebab gusi yang akan menonjol lebih berbanding gigi…

GIGI JADI PENDEK

Sumber gambar: Soompi

Belek sana sini tapi kenapa la agaknya gigi ni jadi pendek. Padahal gigi sihat je tak ada apa-apa masalah… Rupa-rupanya disebabkan gummy smile itu la yang menyebabkan gigi korang menjadi pendek dan senyuman jadi tak seimbang. Jangan risau, tak ada masalah pun terhadap gigi dan gusi korang tu, semuanya normal sahaja. Cuma gusi sahaja yang tumbuh berlebihan. Korang masih boleh senyum dengan yakinnya ya.

Selain disebabkan gusi tumbuh berlebihan, gummy smile juga boleh terjadi disebabkan bahagian atas bibir korang agak pendek berbanding size normal. Again, jangan risau sebab korang masih sihat dan tak ada apa-apa masalah. For those yang mempunyai bibir normal, korang memang tidak akan mengalami masalah gummy smile ni.

Selain itu, faktor yang boleh menyebabkan gummy smile ini juga ialah disebabkan masalah pada bahagian rahang muka. Kemungkinan rahang korang tumbuh secara berlebihan yang mana ia dipanggil sebagai vertical maxillary excess. Ia menyebabkan gusi korang menjadi lebih besar sehingga mengganggu keseimbangan ketika senyum.

Macam yang Ainaa katakan tadi, ada beberapa rawatan yang boleh korang lakukan untuk mengatasi masalah gummy smile ni.

ORTODONTIK

Sumber gambar: SmilesLikeHanna

Gummy smile boleh menyebabkan korang mengalami masalah di kawasan rahang serta ketika menggigit. Rawatan ortodontik ini akan mengubah kedudukan gigi kita seterusnya akan jumlah tisu gusi yang terserlah ketika kita sedang senyum.

PEMBEDAHAN BIBIR

Sumber gambar: RagiHospital

Bedah bibir? Nanti tak ada bibir?ย One of the best solution untuk masalah ini ialah korang perlu mendapatkan rawatan pembedahan ortodontik. Ia merupakan pembedahan semula bibir bagi menjadikan ia normal ketika pembedahan rahang dilakukan.

LASER GUM CONTOURING

Sumber gambar: Stunning Dentist

Last but not least, rawatan laser gun contouring ini merupakan rawatan yang sering dilakukan untuk masalah ini. Doktor akan menggunakan laser di bahagian tisu lembut dekat gusi kita. Gusi akan hilang dan selepas itu bahagian atas gigi kita akan kelihatan. Sewaktu rawatan dilakukan korang mungkin akan terhidu bau seperti daging terbakar kerana laser itu akan membuatkan gusi kita terpotong. Tapi jangan risau, doktor mesti akan bagi bius supaya korang tak terasa sakit ketika rawatan sedang dilakukan.

Sebaiknya korang berjumpa dengan pakar terlebih dahulu bagi mendapatkan rawatan susulan. Perlu atau tidak untuk melakukan pembedahan itu terpulang kepada nasihat doktor. Tapi itu semua terpulang kepada diri korang juga la sebab boleh jadi tidak perlu lakukan pembedahan. Apa pun jangan malu untuk terus senyum ya!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kenapa Perlu Biasakan Diri Dengan Budaya “New Normal”

Korang Single? Ini Cabaran Menanti Korang…