in ,

Group K-Pop Kontrak Habis 2021, Masa Depan Mereka Jadi Teka-Teki

Sumber gambar: pinterest.com/godblessjiwon

Pejam celik, pejam celik eh dah nak 7 tahun? ? Apa maksudnya 7 tahun? Zoe cakap tentang kontrak para  K-Pop idol, siapa lagi? Korang tahu tak siapa K-Pop idol yang bakal habis kontrak mereka pada tahun 2021? Okay, biar LUNARIA bagitahu korang siapa sahaja  K-Pop idol yang kontrak mereka akan habis pada 2021 nanti.. Tapi korang pernah tak tertanya, adakah mereka K-Pop idol akan sambung kontrak lagi atau mereka akan bawa haluan masing-masing? Iyalah, lain orang lain yang mereka nak.. Belum lagi kena ikut cakap agensi mereka yang memang kadang-kadang sampai kita sebagai peminat pun rasa kesian. Hmm

GOT7

Sumber gambar: billboard

Huwaaa! Seriuslah GOT7 nak habis kontrak mereka tahun depan? Aduh! Sudahlah semua ahli GOT7 ini bukan sahaja pak lawak tapi masing-masing ada aura mereka sendiri tau! Memang tak best sangat kalau mereka tak sambung kontrak.. Kita harap agensi mereka akan lanjutkan kontrak mereka!

MAMAMOO

Sumber gambar: kpopmap

Bukan setakat masing-masing ada vokal yang terbaik tetapi semua ahli Mamamoo memang layak digelar queen sebab mereka seksi, ada aura yang memang semua orang nak tengok persembahan mereka. Memang sayang betul kalau Mamamoo tak sambung kontrak mereka. BTW, korang dah dengar ke lagu baru Dua Lip featuring Hwasa? Fuh, padu pergi dia!

WINNER

Sumber gambar: allkpop

Walaupun kebelakangan ini mereka macam diam sahaja selepas buat concert tour dan selepas ini katanya pula Jinu akan pergi military tahun ini dan Seunghoon tahun hadapan. Memang buatkan peminat tak sabar nak tahu apa yang akan jadi betul tak? Mungkin selepas Jinu balik daripada military, agensi akan consider untuk teruskan kontrak mereka?

RED VELVET

Sumber gambar: allkpop

Pun sama seperti girls group K-Pop idol yang lain, vokal mereka masing-masing pun memang hebat. Rasa macam baru semalam saja mereka debut, tiba-tiba tahun depan dah nak habis kontrak.. Ada antara korang peminat setia Red Velvet? Atau baru sahaja mula layan Red Velvet? Korang kena bersedia okay!

Ada tak group  K-Pop idol yang korang suka dalam ini? Macam Zoe semua memang group yang Zoe suka! Sedihnya! Zoe harap mereka akan sambung lagi sama macam mana Big Hit terus sambung kontrak BTS tempoh hari. Memang sayang betul kalau mereka tak nak sambung tau! Sebab rasanya mereka pun boleh saja sampai level para senior mereka seperti Big Bang, Super Junior dan lain-lain itu. Ala, sambil itu boleh juga kita harap mereka diberikan peluang lain untuk tunjuk bakat dalam belakon ke, mengacara ke dan banyak lagi sebab memang kita tahu  K-Pop idol ini memang multi-talented sangat! Cuba komen, siapa lagi K-Pop idol yang korang tahu akan tamatkan kontrak dalam tempoh yang terdekat di bawah okay.

What do you think?

8 points
Upvote Downvote

Comments

Komen
  1. oh nooo !!! red velvet ! tau x my mind stuck wt lagu “Psycho” tu ! at the same time i start learning dance already ! why?! omegadddd!!!!
    #ReVe
    #RedFlavour
    #AlwaysrememberRedVelvet

  2. oh nooo !!! red velvet ! tau x my mind stuck wt lagu “Psycho” tu ! at the same time i start learning dance already ! why?! omegadddd!!!!
    #ReVe
    #RedFlavour
    #AlwaysrememberRedVelvet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments