in ,

GOT7 Catat Album Terlaris Minggu Pertama Pelancaran!

Sumber gambar: www.kpopchingu.com

GOT7 sekali lagi membuktikan kemampuan untuk merangkul jualan album terlaris sewaktu minggu pertama pelancaran album terbaru, tetap disandang oleh mereka. Hebat penangan mereka!

Album ‘Dye‎’ keluaran GOT7 berjaya memperolehi jualan sebanyak 281,791 unit, mengatasi pencapaian pernah dibuat menerusi album mereka sebelumnya, ‘Call My Name’ iaitu sebanyak 224,459 unit dalam seminggu menurut Hanteo. Dengan perolehan sebanyak itu, GOT7 menundukkan Solar Mamamoo, duo Hangyul & Dohyon (bekas ahli X1 – H&D), CRAVITY dan Suho EXO bagi memperolehi jualan album terbaik di dalam seminggu, sekaligus memastikan kedudukan tempat pertama di dalam carta album Gaon tetap dipegang oleh mereka selama lebih 12 kali berturut-turut. Mesti iGot7 bangga dengan idol mereka!

GOT7 Rises With Loaded Tracklist For Upcoming Mini-Album "DYE"
Sumber gambar: Hellokpop

Album ‘Dye‎’ yang merupakan album mini ke-11 GOT7, mengandungi 10 buah lagu dengan ‘Not By The Moon’ dijadikan sebagai single utama. ‘Not By The Moon’ mengandungi naratif, “Jangan bersumpah di bawah sinaran rembulan” sebagai mesej yang untuk disampaikan. Antara lagu dalam album tersebut, yang mana satu favourite korang?

Untuk korang yang bukan iGot7, meh LUNARIA kongsikan sikit beberapa fakta menarik tentang mereka yang mungkin akan buatkan korang rasa nak join iGot7!

Come n’ Get it GOT7!

Ini ialah slogan yang digunakan oleh GOT7 bila memperkenal diri kepada umum. GOT7 merupakan sebuah boy group dibawah naungan JYP Entertainment dengan beranggotakan 7 orang, iaitu  JB, Mark, Jackson, Jinyoung, Youngjae, BamBam, dan Yugyeom. Mereka telah berada dalam industri sejak Januari 2014.

Tidak seperti boy group lain, anggota GOT7 tidak semuanya orang Korea. Kumpulan GOT7 “campur” dari berbagai negara.. 3 orang anggotanya berasal dari Amerika, Thailand, dan Hong Kong.

via GIPHY

JB (Im Jaebum)

Im Jaebum, lebih dikenali sebagai JB ialah leader GOT7, JB juga bertanggung jawab sebagai main vocalist  untuk kumpulan ini. Bakatnya tidak hanya terbatas dengan nyanyian saja, JB juga pandai buat lagu! Kalau korang pernah dengar lagu GOT7 berjudul “YOU ARE” dan “LOOK”, itu ialah antara lagu yang sempat dibuat sendiri oleh JB.

Mark Tuan

Mark pula merupakan visual untuk GOT7. Kalau kebanyakan orang pertama kali melihat GOT7, mesti akan fokus dekat Mark! Sebab Mark memang sangat handsome dan semua ahli GOT7 setuju dengan statement ini.. Kalau ditanya siapa paling tampan di GOT7, maka semua akan menjawab “Mark hyung!” Selain rupa paras yang helok, Mark juga memegang posisi sebagai Main Rapper.

Jackson Wang releases first trailer for 100 Ways, His new video ...
Sumber gambar: Somagnews

Wang Jackson

Jackson Wang berasal dari Hong Kong. Sama berbakatnya dengan ahli GOT7 lainnya, Jackson adalah Lead Rapper. Kalau korang nak tahu, Jackson seorang yang sangat hyperactive. Dialah  Happy Virus dalam kumpulan GOT7. Tanpa Jackson, GOT7 mesti pishang!

Park Jinyoung

Jangan tertukar dengan Park Jinyoung CEO JYP Entertainment pula, LOL. Disebabkan nama mereka sama, Jinyoung menggunakan nama JR bila debut. Tapi, baru-baru ini JR mengganti namanya dengan nama asalnya iaitu Jinyoung. Agak pening tapi mungkin ini lebih baik untuknya! Jinyoung merupakan lead vocal untuk GOT7!

Choi Youngjae

Vokalis emas dalam GOT7 semestinya Youngjae! Nada-nada tinggi di lagu-lagu GOT7 disandang oleh Youngjae. Pada mulanya Youngjae tidak tersenarai dalam kumpulan GOT7 tapi selepas dinilai semula suara emasnya, Youngjae diserap masuk ke dalam kumpulan ini!

via GIPHY

BamBam

Kunpimook Bhuwakul atau BamBam berasal dari Thailand. Ya, sebab itu agak berbelit lidah nak sebut nama asalnyaBamBam masuk ke dalam senarai maknae line (member termuda) GOT7, jadi kadang-kadang BamBam agak noob. BamBam memegang posisi rapper dalam GOT7!

Kim Yugyeom

Our dancing king and little boy in GOT7, Kim Yugyeom! Ya, Yugyeom ialah maknae kesayangan GOT7. Tapi, kalau korang nak tahu Yugyeom ada bakat menari yang luar biasa hebatnya! Bakatnya  terbukti apabila dia menang dalam pertandingan Hit The Stage!

Ada yang dah tersangkut dan mula search lagu-lagu GOT7? Ya, aura mereka memang luar biasa! Apa pun, sepanjang PKP ini bolehlah korang layan lagu mereka dari debut sehingga kini.. Jangan lupa kongsikan lagu yang mana menjadi favourite korang okay!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dah Boleh Tengok IG Live Dan Reply DM Dekat Desktop!

List Selebriti Jual Tudung! Jom Beli Untuk Raya Nanti