in ,

Goodluck, Result SPM 2019 Keluar 05 Mac!

Sumber gambar: Twitter.com

Dup dap dup dap dup dap! Nervous guys nak tunggu result keluar minggu depan, tak tahu nak happy ke nak excited atau nervous. Semua perasaan ada…

Biasalah bila tibanya hari untuk ambil result peperiksaan, confirm bermacam-macam perasaan akan muncul. Daripada perasaan positive terus boleh menjunam ke perasaan negative ya kawan-kawan. Korang sendiri yang before this pernah ambil result UPSR, PT3 atau SPM sendiri mesti ada rasa nervous bila tibanya dekat sekolah betul tak? Rasanya semua orang akan rasa sebab ia merupakan perkara yang kita tunggu-tunggukan lepas dah bertungkus lumus waktu exam haritu.

Image result for result spm 2019
Sumber gambar: Twitter

Pada tahun 2019 yang lepas, seramai 416,416 calon telah mendaftar untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 3,313 pusat peperiksaan seluruh Malaysia. Dalam jumlah tersebut, tedapat seramai 357,010 merupakan calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Bagi calon Persendirian pula, terdapat seramai 26, 357 orang calon dibawah kategori tersebut.

Kesemua calon boleh mendapatkan keputusan SPM 2019 mereka di sekolah masing-masing mulai 10:00 pagi pada tarikh 5 March. Fuhh, tunggu lagi seminggu je ni guys korang akan ambil resuslt SPM! Excited pula nak tahu result korang semua, confirm semua dapat keputusan yang diingini kan? Iya la, bertahun belajar dekat sekolah mesti la SPM yang membuatkan korang paling harapkan dalam kesemua peperiksaan besar yang pernah korang duduki.

At the same time, korang juga boleh membuat semakan keputusan SPM 2019 melalui perkhidmatan mySMS dengan menaip SPM <jarak>AngkaGiliran dan SMS ke 15888. Kemudahan di hujung jari je guys, korang boleh semak keputusan online in case tak dapat hadir ke sekolah untuk ambil sendiri result tu. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula pada 5 Mac jam 10 pagi serta ditamatkan serta merta pada jam 6 petang 11 Mac. Make sure korang semak secepat mungkin la, cuma let say kalau tengah semak tu website crash, itu perkara biasa sebab mungkin ada antara mak kita yang tengah tak sabar nak tolong check result anaknya melalui perkhidmatan SMS, hehe!

via GIPHY

tify;”>Bukan itu sahaja, keputusan juga dapat dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan. Tak dapat nak hantar SMS, kita guna online portal je. Memang mudah la, tak perlu dah ke sekolah untuk dapatkan result.

Eh tapi actually moment nak dapatkan result tu la best. Lagi bertambah seronok kalau secara tiba-tiba nama kita dipanggil untuk naik ke atas pentas disebabkan kejayaan memperoleh banyak A untutk SPM 2019! Mesti itu ialah harapan dan cita-cita korang sejak belajar dekat sekolah rendah kan. Kejayaan itu bukan sahaja untuk diri sendiri tapi untuk ibubapa sekali! Bestnya kalau dapat banggakan family kita dengan kejayaan dalam pelajaran dan kehidukan kan!

For those yang akan mengambil keputusan SPM minggu depan, jangan nervous! Korang dah lakukan yang terbaik sebelum ini. Tapi kalau still nervous juga, korang boleh baca article daripada Ainaa dan Zoe pada minggu hadapan tentang persiapan atau apa sahaja berkaitan sebelum mengambil result SPM! Perbanyakkan berdoa dan berserah kepada Allah!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kalau Korang Berani Cuba Tonton Video Ini Di YouTube

Antara K-Pop Idol Yang Pernah Pakai Braces, Memang Comel!