in ,

Goo Hara Bunuh Diri, Fans Risau IU Terganggu

Sumber gambar: koreaboo.com / dramacool.info

Sekali lagi industri hiburan dunia dikejutkan dengan berita kematian bekas anggota kumpulan Kara, Goo Hara yang ditemui mati di rumahnya di Cheongdam, Gangnam.

View this post on Instagram

やっと会う!

A post shared by 구하라 (@koohara__) on

Before this kita dikejutkan dengan berita kematian Sulli yang dikatakan bunuh diri akibat depression, kini giliran Goo Hara yang juga sahabat baiknya melalui kisah hitam yang sama. Goo Hara ditemui mati di rumahnya dan pihak polis masih belum lagi mendedahkan punca kematiannya. Lepas pembubaran kumpulan Kara, Goo Hara memulakan langkah sebagai penyanyi solo sekitar Julai 2015 dan Hara juga melabarkan bakatnya dalam dunia perfileman.

FYI, sekitar Mei yang lepas, Goo Hara pernah ada cubaan untuk membunuh dirinya dengan cara mencederakan diri dan mengurung dirinya di dalam bilik rumahnya. Tapi cubaan membunuh diri diketahui oleh pengurusnya bila Hara ditemui tak sedarkan diri dalam bilik yang dah dipenuhi dengan asap.

Hara baru sahaja selesai dengan jelajah Jepun ‘HARA Zepp Tour 2019 -Hello-‘ pada 14 hingga 19 November yang lepas. Bukan itu saja, album baru Hara yang berjudul Midnight Queen pun baru saja release pada 13 November lepas. Before Hara ditemui mati, Hara ada post selfie Hara atas katil dengan caption ‘Goodnight’.

View this post on Instagram

잘자

A post shared by 구하라 (@koohara__) on

At the same time, penyanyi berusia 28 tahun itu juga dikatakan telah dicederakan secara fizikal dan mental oleh teman lelakinya sendiri iaitu Choi Jongbum. Dalam satu statement dikatakan Goo Hara telah diserang waktu Hara tengah tidur dekat rumahnya sendiri. Tapi Goo Hara sempat mempertahankan diri daripada terus dipukul oleh Choi Jongbum. Kalau dah nak pertahankan diri, mesti suspek yang menyerang pun akan tercedera?

Sumber gambar: allkpop/ hype

Disebabkan diserang kembali, wajah Choi Jongbum dipenuhi dengan cakaran daripada Goo Hara sehingga meninggalkan parut. Choi Jongbum mula play victim dengan cara mengugut Hara untuk menyebarkan video seks mereka di media sosial dan sekali gus akan menghancurkan karier seni Goo Hara. Of course Hara nak pertahankan diri dan merayu supaya video itu tak disebarkan. Haihh, pening kalau dapat boyfriend macam itu!

Image result for goo hara and boyfriend
Sumber gambar: koogle

Sekarang ini ramai fans bersimpati atas nasib yang menimpa mendiang Goo Hara. Tak mustahil kalau benda itu memang buatkan dia depression. Tapi sekarang ini, ramai fans turut risau dengan nasib IU yang juga sahabat baik kepada mereka berdua. Bukan itu saja, rupa-rupanya mendiang Jonghyun yang juga pernah bunuh diri sebelum ini merupakan sahabat baik kepada IU! Just imagine, apa perasaan IU sekarang bila dia kehilangan dua orang sahabat baiknya dalam tempoh yang singkat.

Lebih mengejutkan bila IU dikatakan menangis semasa buat persembahan di satu konsert lepas mengetahui tentang kematian sahabatnya, Goo Hara. Harapnya IU dapat menjalani kehidupan dia dengan sebaiknya sebab sekarang ini karier seni IU tengah memuncak. Kita dah tak boleh kehilangan ramai lagi pelakon best dari Korea. Semoga semuanya baik-baik sahaja…

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Idea Ambil Gambar Dengan Squad Waktu Cuti!

Bosan Dengan Username Lama? Jom Tukar Username Unik Ini