in ,

Girls Pun Boleh Jadi Pro Gamer Tau!

Sumber Gambar: https://blog.forest-interactive.com

#Lunagirls, korang ada tak cita-cita nak jadi pro gamer? Eh! Siapa kata perempuan tak boleh jadi gamer? Ummi pro tau bab main mobile games ni! Hehe! Sekarang dah ramai gamer perempuan tau, lagi-lagi dalam E-Sport. Fuh! Bukan bashe-bhase! Untuk jadi pro gamer ini tak susah pun, korang hanya asah few skills dan sediakan beberapa equipment penting je! Jangan pening girls, Ummi ada prepare tips untuk tolong korang jadi pro gamer!

KEYAKINAN DIRI

via GIPHY

“Eh! Main dalam phone pun perlu keyakinan diri ke?” YES! Sangat perlu girls.. sebab dengan keyakinan diri yang tinggi, korang takkan cepat berputus asa dan sentiasa cari kelainan untuk meningkatkan tricks and skills korang untuk game tersebut! #Lunagirls kena tunjukkan dekat lelaki atau dekat crush kita (ehemmm) yang girls pun boleh buat tau! #wootwoot Nanti boleh ajak crush kita lawan main game juga! Hihi!

PEMAIN LEGEND

Sumber Gambar: http://sahabatpoker899.blogspot.com

Untuk jadi pro gamer, korang jangan malu untuk minta tunjuk ajar daripada pemain pro yang sedia ada tau! Lebih lagi dari mereka yang buat YouTube content pasal games, mana tahu ada yang korang kenal. Bolehlah suruh dia ajar, tanya skill and maybe boleh lawan sekali. Ha! Dekat situ korang akan dapat good experience! Cuba bayangkan korang dapat kill or challenge pemain pro itu, fuhh! Memang bangga!

PEMILIHAN GAJET

Sumber Gambar: https://www.androidauthority.com

Ini sangat penting girls! Kalau phone korang mempunyai spec yang rendah, korang mungkin akan mengalami sedikit masalah dari segi grafik, dan selalu lagging! Jadi korang kenalah upgrade sikit phone, kalau boleh beli je phone yang ada spec gaming.. Mesti dah di jamin sesuai dan masa korang lawan game nanti takkan ada masalah phone hang or crash!

RANKING

Sumber Gambar: https://mobilelegends.gcube.id

Semua orang nak kejar rank.. nak jadi top player, global and so on. Yes! Rank pun penting untuk performance korang dalam game tau.. Jadi untuk cantikkan rank, korang kenalah rancang dan buat strategi yang terbaik! Strategi dari segi pemain, dari segi tempat, hero atau pun senjata apa yang paling sesuai untuk lawan musuh.. Kalau perlu spend sikit pun okay je #Lunagrils!

BERKOMUNIKASI

via GIPHY

Game dalam E-Sport ini semua berkumpulan.. jadi kenal atau tidak korang tetap kena berkomunikasi antara satu sama lain. Kita kena jadi extra talkative sikit! Kenapa? Kalau tak nanti susah nak rancang untuk menang. Nanti sorang sibuk war, sorang sibuk lari ke hulur ke hilir dan kita pula yang confuse tak tahu nak ke mana! Haha! Kita kena guna chat box and voice note dalam game sebaiknya!

See Ummi dah cakap, tak susah pun nak jadi pro gamer kan? Kalau #Lunagirls rajin practice, dengan sekelip mata je boleh power! Dan sebenarnya, kalau korang nak tahu, E-Sport boleh earn banyak duit tau, boleh cecah ribuan ringgit! Wow! Jom share dengan Ummi, sekarang korang tengah main game apa? Nak lawan dengan Ummi tak? Hihi!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Salah Pilih Warna Blusher, Muka Nampak Macam Udang?!

Kaki Tengok Wayang? List Movie Korang Wajib Tengok!!