in ,

Social Media Akan ‘Makan’ Diri Kita?!

Sumber gambar: https://www.healthyplace.com/blogs/buildingselfesteem/2015/01/common-signs-of-low-self-esteem

Untung la cantik! Memang ramai orang suka dekat sekolah sebab awak tu cantik! Yang biasa je ni mana ada orang nak pandang.. Hmmm..

Amboi girls, kenapa cakap macam tu? Semua orang ada kelebihan dan kekurangan dalam diri masing-masing tau. Korang janganlah sampai downgrade diri sendiri sehingga macam tu sekali. Sekarang social media banyak beri kesan yang kuat buat diri kita tau.. Antaranya ialah…

INSECURE

via GIPHY

Setiap kali scroll social media, ramai akan rasa insecure dengan kelebihan orang yang dia sendiri follow. Sampai tahap save semua gambar perempuan cantik sebab teringin nak jadi macam mereka. Apa kata kita fokus dengan diri sendiri pula sebab diri korang sendiri pun dah cantik sebenarnya. Cuma korang belum ada rezeki nak jadi influencer macam mereka lagi.. Don’t you ever rasa cemburu dengan mereka okay?

MALU NAK MINTA PENDAPAT

via GIPHY

Sometimes bila ada rasa insecure dengan diri sendiri, kita perlukan bantuan orang lain untuk tenangkan diri kita. At least kalau ada orang lain tenangkan diri kita, tak ada la korang terlampau merendah diri macam tu. Korang jangan terlampau sangat fokus pada benda yang tak penting dan tak mendatangkan manfaat. Maybe kawan korang tu pun boleh bantu korang untuk improve diri.

TAK YAKIN DENGAN POTENSI DIRI

via GIPHY

Setiap orang ada potensi dalam diri masing-masing. Ada kekurangan dan kelebihan tersendiri! Sebenarnya dalam diri kita ni ada potensi yang orang lain tak nampak. Cuma korang je yang malu untuk tonjolkan potensi tersebut secara umum. Jangan ada rasa malu okay girls? Tak perlu pun korang terlampau fokus pada potensi orang lain sehingga potensi diri pun korang biarkan.

DETOX SOCIAL MEDIA

via GIPHY

Macam yang Ainaa cakap tadi, social media ni umpama toxic dalam diri kita. Sebab tu kadang-kadang korang kena ‘detox’ social media dengan cara ‘puasa’ sekejap daripada segalanya. Kadang-kadang social media boleh kawal hidup korang sampaikan korang sendiri rasa kekurangan pada diri tanpa sedar tau.

So girls, jom sayangi diri kita! Kalau kita tak sayang diri terlebih dahulu, macam mana orang sekeliling nak sayang kita? Jangan rasa malu nak buat apa yang korang nak. Just be yourself okay girls~

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jangan Cemburu Sangat, Nanti Korang Terlepas…

Cara Mudah Nak Tahu Siapa Secret Admirer Kita!