in ,

Girls Bergaduh Di Sekolah? Biasanya Ini Je Puncanya…

Sumber gambar: Instagram JannaNick/ Instagram Sarah Suhairi

Geramnya aku dengan Ika. Saja tau nak cari gaduh lagi.. Ingatkan dah tak nak bergaduh, rupanya sengaja cari pasal lagi ya!

Siapa pernah terlibat dengan pergaduhan dekat sekolah? Bukan pergaduhan besar, mungkin ia hanya gaduh mulut. Adakah bila bergaduh dapat selesaikan masalah atau bertambah merumitkan keadaan yang sedia ada? Tak dinafikan girls pun ada juga terlibat dengan scene bergaduh di sekolah. Baik mengaku siapa yang pernah gaduh dengan kawan korang.. Hari ini kita akan ‘bongkarkan’ beberapa punca pergaduhan yang biasanya berlaku kepada girls di sekolah… Get ready kena expose ya.

ABANG SENIOR, I SUKA YOU

via GIPHY

Ha, mengaku cepat siapa pernah gaduh dengan kawan korang di sekolah sebab berebut abang senior? Kalau ada, kita boleh geng sekali sebab  salah seorang daripada LunaSquad pun pernah gaduh bermasam muka dengan kawan kelas disebabkan abang form 6 ya… Sungguh memalukan bila ingat semula. Situasi ini biasa jadi sebab masing-masing berebut nak tackle crush masing-masing. End up rupanya crush sama pula. Kalau crush notice dan terima kita tak apa juga, ini dahlah kena ignore lepas itu dapat malu pula sebab bergaduh disebabkan perkara tak masuk akal.

KAU SAILANG BOYFRIEND AKU!

 

Video Budak Perempuan Bergaduh - Berita Viral Terkini
Sumber gambar: Beritaviral

Pernah tak tengok video sekumpulan pelajar perempuan bergaduh tarik-tarik rambut sebab boyfriend kena rampas? Itu ialah salah satu pergaduhan paling tak masuk akal yang pernah berlaku pada zaman sekolah. Buat malu je gaduh sebab boyfriend yang entah layak atau tidak dibuat pasangan hidup. Selalunya di internet kalau nampak video budak perempuan bergaduh adalah sebab berebut boyfriend. Berebut boyfriend lain macam sikit dia punya aggresive.. 

TAK BAGI PINJAM CERMIN

SK Bukit Beruntung 2: PROGRAM TANDAS ANGKAT "TANDAS SEJAHTERA ...
Sumber gambar: SKbukitberuntung2

Perempuan dan cermin memang tak dapat dipisahkan, lagi-lagi kalau di sekolah. Ada certain sekolah tak letak cermin dalam tandas sebab tak nak geng-geng tandas ini melaram lama sangat dalam tandas. End up ada yang gigih akan bawa cermin sendiri demi memastikan tudung on point. Tapi ada juga yang bergaduh sebab ada member tak bagi pinjam cermin ya. Perkara kecil macam ini pun boleh jadi hal, tapi nampak je kecil hakikatnya tudung ini memberi makna yang sangat mendalam pada pelajar sekolah. Betul tak geng? Bila ada kawan yang tak kasi pinjam cermin mulalah ada yang mengamuk sampai putus kawan. Ha, korang ada ke yang macam ini?

ASAL KAU BOCORKAN RAHSIA AKU?

via GIPHY

Kita ini kalau dah percaya pada seseorang mesti kita harapkan dia simpan segala rahsia yang kita kongsi. Tapi apa perasaan korang kalau rahsia itu dipecahkan oleh kawan yang tak bertanggungjawab? Terus jadi punca bergaduh. Dapat pula bila selisih di sekolah, mulalah scene kutuk mengutuk sambil perli satu sama lain. Maka bermula episode jeling-menjeling sesama sendiri. Nampak macam kecil juga perkara ini tapi hakikatnya kalau rahsia yang dibocorkan itu memalukan diri kita mesti akan buatkan seseorang itu hilang pertimbangan. So korang kena bijak pilih kawan yang boleh dipercayai.

Sekali sekala gaduh dekat sekolah ini best juga, at least ada kenangan untuk dikongsikan bersama-sama. Nanti bila dah besar boleh ceritakan semula kenangan korang bergaduh itu. Gaduh itu gaduh juga tapi jangan sampai memalukan diri dan menjatuhkan maruah korang dan keluarga. Jaga diri di sekolah geng!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dynamite BTS Inspired Outfit Yang Korang Patut Cuba!

Dulu Hanya Peminat K-Pop, Sekarang Dapat Masuk Satu Agensi!