in ,

Girlfriend Clingy, Boys Okay Ke Tak?

Sumber gambar: Instagram @h_lmie / Instagram @irfnrezsth

Adoi girlfriend aku ni, nak pergi lepak pun tak bagi. Nak buat kerja pun asyik nak call la, text la. Nanti tak angkat call menangis pula. Haihh susah la dapat girlfriend clingy macam ni!

Boys, girlfriend korang clingy tak? Korang rasa korang okay ke kalau girlfriendΒ korang tu clingy sangat? Ke rasa rimas dan semak? FYI, for those yang tak tahu, mengikut urban dictionary, clingy tu bermaksud seorang girlfriend atau boyfriend yang obses dengan pasangan mereka sampai taknak tinggalkan pasangan dan nak berkepit 24/7. Tapi hakikatnya lelaki ni okay ke pun kalau girlfriend mereka ni clingy? Ke annoyed jugak tapi tak sampai hati nak bagitahu? Tapi sebab sayang sanggup tahan dan bersabar? So Ainaa ada kumpulkan beberapa pendapat daripada kawan lelaki Ainaa sendiri tentang pendapat mereka mengenai topik ni. Let’s begin~

HELMIE HARIRI

Sumber gambar: Instagram @h_lmie

Lelaki ni sebenarnya suka je perempun yang clingy bila dengan dia tapi still rasa semak tu ada juga. I sendiri suka je kalau girlfriend I clingy, tapi at the same time I masih perlukan masa untuk diri sendiri dan masa untuk lepak dengan kawan-kawan. Kiranya macam taknak kena ganggu sangat la, at least bukan la asyik berkepit dengan dia je. Clingy manja-manja tu memang onz, tapi tak suka la kalau clingy sampai nak control marah-marah semua tu. Cuma kalau nak clingy manja-manja tu, jangan la waktu tengah buat kerja then that time dia tak boleh expect yang kita lelaki ni akan reply terus sebab kan tengah buat kerja. Nanti mula la dia nak merajuk la itu ini, padahal kita dah cakap tengah buat kerja, tak boleh la asyik nak berkepit je kan. For me, clingy tu okay je and boys ni actually nampak je macam tak kisah tapi kami ni ambil berat tentang girlfriend kami!

IRFANREZA SETH

Sumber gambar: Instagram @irfnrezsth

Bagi I, kalau girlfriendΒ I jenis clingy biasa-biasa tu tak ada hal pun. Okay je kalau nak clingy sikit-sikit, boleh terima semua tu. Ye la, kan girlfriend, mesti la terima je semua tu. Sometimes kita lelaki mesti la nak girlfriend manja-manja dengan kita lagi-lagi kalau penat seharian dekat luar. Tapi, kalau yang over nak clingy manja 24 jam tu memang tidak la! Annoying la kalau macam tu sebab memang rimas la cerita dia. Nak buat benda lain pun tak boleh, asyik nak hadap dia je tak boleh juga kan. I sendiri akan rasa cepat rimas kalau dapat girlfriend macam tu, chill chill sudah la sebab masing-masing ada kehidupan sendiri kan. At the same time, kalau dengan I pun dia dah clingy, tak mustahil dengan lelaki lain pun dia akan tunjuk perangai clingy manja dia. Ha, scary tau kalau macam tu.

NORMAN HAKIM

Sumber gambar: Instagram @normanhakm

Being a clingy girlfriend is not a crime, tapi depends pada timing dan situation untuk dia jadi clingy tu. Kalau lepas balik kerja nak clingy terus, memang cari masalah la. Dia pun kena faham la situasi kita yang tengah penat tu. Tapi kalau tengah ada mood, boleh la layan clingy dia tu. Cuma jangan nak clingy semata-mata nakkan sesuatu. Contoh tengah dating dekat mall, tiba-tiba dia jadi clingy padahal tadi tak ada pun. Rupa-rupanya tengah pujuk minta belikan something. Macam tu jadi tak best la sebab tak semua lelaki mampu untuk penuhi keinginan girlfriend dia. Cukup dia faham situasi lelaki ni pun dah bagus.

MUHAMMAD NORSALAM

Sumber gambar: Instagram @mdnrsalam

Girlfriend clingy? I okay je tapi depends juga clingy tu. Kalau boyfriend dia tu memang jenis busy then girlfriend still nak clingy juga tu for sure tak okay la. Girlfriend tu kena la faham situasi bila dia boleh nak clingy dan bila tak sesuai untuk clingy tu. I rasa tak semua lelaki tak suka girlfriend clingy, maybe la. Sebab lelaki ni kan suka melepak dengan kawan-kawan so maybe golongan yang tu tak berkenan sangat kalau girlfriend dia clingy. Then kalau waktu awal relationship rasanya lelaki ni okay je dapat girlfriend clingy. Kata orang waktu tu hati tengah berbunga-bunga, tapi takut pula dah lama-lama nanti jadi serabut pula kan. I sendiri tak suka sangat kalau girlfriend I clingy sebab I jenis suka tengok video kat Youtube then sometimes main futsal dan lepak sampai tengah pagi, so tak ada masa nak layan girlfriend clingy tu. Nanti terabai, risau pula dia cari lelaki lain. Ni just my opinion je la, lelaki lain I tak tahu la macam mana pula kan.

Fuhh, macam tu rupanya pendapat lelaki tentang girlfriend yang clingy ni. Overall semuanya tak kisah kalau girlfriend mereka clingy tapi biar berpada dan kena pada tempatnya.Β Nervous la pula bila dah tahu jawapan diorang ni. Jadi takut pula kalau diri sendiri over clingy dengan boyfriend. Eh? Korang yang girls ni setuju tak dengan pendapat boys dekat atas ni? Kalau tak setuju boleh la pergi serang dekat IG diorang! Hehe gurau!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Keunikan B-Boy Dalam Sukan SEA

Cara Move On Dari Crush Bila Kena Reject