in ,

Get Ready iPhone 11 Akan Keluar 22 September Ni!

Yuuhuuu! Tak sabarnya nak tukar phone! Mesti best kalau dapat pakai iPhone 11! Confirm ramai orang jealous ni!

Amboi, takkan nak beli phone baru semata-mata sebab nak buat orang lain jealous pula. Dengarnya 11 haribulan ni ialah tarikh pelancaran dan akan mula dijual pada 20 September! Aduhh, sempat ke nak beli ni? Takut tak cukup duit je ni, huhu!

SUmber gambar

Actually ada beberapa tarikh penting yang dikeluarkan oleh syarikat Apple sebagai persediaan pelancaran handphone canggih yang ditunggu-tunggu oleh ramai pengguna ni iaitu pada:

10 September : Apple Special Event

13 September : Sesi Pre Order

17 September : Persediaan IOS 13

20 September : Ready To Launch

Tapi kalau diikutkan ada beberapa tarikh yang agak keliru sebab ada certain cakap iPhone 11 akan keluarΒ pada 20 September tapi ada juga yang katakan ia akan mula dijual dekat Malaysia pada 22 September. Even agak mengelirukan tapi Ainaa rasa korang boleh je get ready awal-awal. Bagi tahu cepat-cepat dekat parents supaya diorang pun boleh pakai phone latest keluaran Apple ni.

Sumber gambar

Untuk keluaran tahun ni, iPhone 11 akan diberi nama sebagaiΒ iPhones 11, 11 Pro, 11R dan 11 Max. Aduh, Ainaa pun baru dekat iPhone 6, jauh lagi nak kejar ke iPhone 11 ni, hehe!

Apa yang special untuk iPhone 11 ni ialah kelainan pada warna logo Apple tu sendiri. Logo pada Apple iPhone 11 berwarna warni macam rainbow! Mesti korang suka sebab cute sangat! Untuk harga pula bermula daripada RM4178 hingga RM5450. Terciduk sis bila tengok harga ni. Boleh jual buah pinggang sebelah tak?

Sumber gambar

Apa pun korang tunggu je okay keluaran terbaru Apple ni. Boleh jadi esok, boleh jadi 20 haribulan dan boleh jadi juga pada 22 haribulan ni. Sama-sama kita nantikan dan fikir sejenak nak beli iPhone 11 ke iPhone yang before this sebab of course keluaran lama akan turun harga kan.

Kalau tak, korang redho je la pakai phone yang ada sekarang. Baik kumpul duit untuk sambung belajar nanti okay girls.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Naikkan Skills Main Game!

Menari K-pop Dance Everglow!