in

Get Back Dengan EX? Hmm, Let Me Think…

Sumber gambar: https://medium.com/@shelbyrogers404/im-not-like-other-girls-i-m-the-tumblr-girl-700fd8abc3a6

Lepas dah lama menghilang, tiba-tiba si dia datang balik ‘menagih’ cinta lama. Padahal dulu dia yang beria nak minta putus, sekarang sibuk nak get back pula?

Hmm, sekarang ni tengah musim ex boyfriend/girlfriend ‘datang’ balik ke macam mana? Dekat Twitter pun tengok ramai orang share experience yang sama. Tapi kan, boleh ke kalau nak get back balik dengan ex ni? Ada a few things yang korang kena fikir baik-baik sebelum nak get back dengan si dia, antaranya ialah…

PERANGAI LAMA BERULANG KEMBALI

via GIPHY

Kalau boleh kita memang taknak pisang berbuah dua kali. First time dulu dah kena tinggal dengan si dia, takkan kali kedua pun korang nak hadap kena tinggal lagi? Tak pasal-pasal nanti bermula balik episod meratap dekat bucu katil. Manusia ni, kalau dah sekali dia buat benda tu, mustahil dia takkan ulang semula. Confirm ke dia dah berubah dan takkan jadi macam dulu? Baik korang pertimbangkan semula perkara tu.

RASA SAYANG DAH TAK MACAM DULU

Memandangkan korang pun masih lagi di bangku sekolah, mesti ada crush dekat sesiapa juga kan. Maybe lepas break up dengan si dia, korang ada crush baru dan perasaan dekat si dia dah tak sama macam mula-mula korang bercinta dulu. Boleh jadi kalau korang terima semula si dia, korang akan tak serius dan main-main je sebab crush tak layan, so korang cari la orang lain. No no no!

SERIUS ATAU MAIN-MAIN

Perkara ni paling penting sekali bagi Ainaa dan mungkin pada #Lunagirls juga. Tak ke pelik bila si dia dah lama menghilang, tiba-tiba muncul semula dan cuba untuk dapatkan hati kita balik. Adakah si dia betul-betul jujur nak kita semula atau main-main sebab nak balas dendam? Takut sis kalau tersalah buat pilihan. Buatnya dia nak balas dendam dekat ex girlfriend dia lepas kita ke, kita tak tahu.

ORANG LAIN AKAN BERKATA

Image result for badmouth about someone
Sumber gambar

Dah nama pun bercinta satu sekolah, mesti kawan-kawan tahu tentang relationship korang tu. Tak mustahil juga budak-budak kelas lain pun tahu sebab pernah nampak korang berdua dating dekat luar koperasi sekolah. Once korang get back balik, mesti ramai mata-mata dan mulut akan berkata-kata. Ada yang tertanya-tanya kenapa korang putus, macam mana korang boleh get back semula. Memang la kita hidup ni bukan untuk puaskan hati orang lain, tapi benda tu sedikit sebanyak akan buat kita terkesan juga. Let say kalau korang jenis tak kisah, ha redah je la sis.

Bagi Ainaa, kita tak perlu la nak get back semula dengan ex ni. Ia bagaikan korang ulang semula benda yang dah pernah jadi sebelum ni. Cuma kali ni antara berulang semula atau akan berkekalan selamanya. Apa pun, bercinta tu jangan sampai abaikan pelajaran ya.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Apa Yang Boys Squad Perlukan Dalam Hidup?

Betul Ke Cemburu Tandanya Sayang?