in ,

Geng Rambut Kerinting, Ini Gaya Onz Untuk Korang!

Siapa geng rambut kerinting dekat sini? Untung siapa yang ada rambut kerinting sebab lain daripada yang lain tau. Orang rambut lurus sibuk buat style rambut kerinting, korang tak payah susah-susah sebab memang semula jadi dah kerinting.

via GIPHY

For those yang berambut kerinting, korang pernah confuse tak tahu nak buat style rambut macam mana tak? Kalau ikat pony tail, takut kembang sangat atau ia terlalu biasa. It’s okay, this time Ainaa akan share dengan korang a few style khas untuk yang berambut kerinting. Ainaa harap korang akan suka sebab Ainaa sendiri pun jatuh hati dengan style di bawah.

BRAID

Image result for curly hair with braid
Sumber gambar

Siapa cakap style braid hanya sesuai untuk orang yang berambut lurus je? Hello, girls with curly hair pun boleh tau. Korang boleh buat styling gaya dutch braid, french braid or simple braid pun dah okay juga. Just pakai bobby pin pun dah cukup. Nak nampak lagi cute, tambahlah head chain supaya lagi cute!

DUA KETUL BOBA

Korang pernah tengok video Tee style rambut ikat dua ketul boba atas kepala? Ha, untuk rambut kerinting pun boleh je buat style ni, in fact korang akan nampak double cute! Biasanya gaya rambut macam ini sesuai untuk pergi konsert atau lepak dengan kawan-kawan waktu weekend. Simple je, just perlukan getah rambut dan bobby pin untuk ikat rambut. Triple cute bila korang keluarkan sikit baby hair dekat bahagian depan rambut.

BANDANA

Image result for curly hair girl with bandana
Sumber gambar

Perghhhh.. hot teroxx girls kalau ikat bandana atas kepala! Ainaa sendiri suka tengok girls yang tak kisah rambut kerinting atau lurus ikat bandana sebab memang tak dinafikan sangat style! Tak kisahlah korang nak pakai bandana jenis apa pun, even mini scarf pun boleh juga. Nak ikat rambut boleh, nak lepaskan rambut pun boleh juga. Extra tips, keluarkan sikit anak rambut dekat bahagian depan and you ready to go! Sesuai kalau nak pergi bersukan atau gaya santai.

TOPI

Biasanya orang pakai topi bila alami bad hair day. Tapi tak semestinya kena tunggu rambut tak bagi kerjasama baru nak pakai topi betul tak? Ada banyak pilihan topi dekat luar, tak kisahlah korang nak pakai topi apa pun, still nampak cute! Lagi-lagi kalau rambut korang jenis kembang semangkuk, bahagian atas dan tertutup dengan topi. Kebanyakan Malaysian suka pakai baseball cap sebab simple dan just nice je!

Lepas tengok semua style diatas rasa macam nak ada rambut kerinting pula, hehe! Antara semua look Ainaa kongsikan tadi, korang paling suka yang mana? Share sikit dekat komen bawah tau.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

LUNARIUH: Murid Murid Nakal, Experiment Best, Orang Pelik Kat Instagram

BTS Jual Pinggan Mangkuk, Ada ARMY Berjaya Beli?