in ,

Geng BBNU Selalu Dikecam?

#Lunagirls perasan tak ramai sangat yang kurang berkenan dengan geng BBNU? BBNU itu apa? Okay, maksud BBNU adalah Budak Baru Nak Up. LOL! Kenapa agaknya orang tak suka sangat dekat mereka ini? Mereka buat salah apa? Sehinggakan ada sesetengah artis pun dikatakan dalam ketegori BBNU seperti Ismail Izzani, Wani Hasrita, Andi Bernadee, Haqiem Rusli dan ramai lagi. Meh sini Zoe bagitahu antara sebab kenapa ada sesetengah orang kurang minat geng BBNU.

NAMPAK SOMBONG

via GIPHY

FYI, ini adalah antara sebab kenapa orang tak minat sangat dengan geng BBNU. Nampak sombong itu macam mana? Ala, dalam erti kata lain, nampak acah-acah atau kerek gitu. Tapi Zoe rasa tak semua geng BBNU itu nampak sombong dan poyo. Mungkin mereka saja yang rasa geng BBNU kerek dan belum kenal lagi diri lebih lanjut tentang geng BBNU? Bak kata pepatah dulu, tak kenal makan tak cinta. Entah-entah korang ada minat yang sama dengan geng BBNU!

SELALU TAK KENA

via GIPHY

Buat ini tak kena, buat itu tak kena. Apa benda yang geng BBNU ini buat semuanya tak kena di mata anti-BBNU sebab apa pun tak tahu. Tapi sejak akhir-akhir ini, perkara yang geng BBNU ini buat, post dan ia tiba-tiba viral,akan ada yang tak puas hati dan majoriti akan banjiri sosial media dengan komen yang berunsur kecaman. Oh no! Ada antara #Lunagirls yang pernah kecam geng BBNU tak?

PERGAULAN

Sumber gambar:

Kalau korang perasan, cara pergaulan geng BBNU ini pun lain sikit. Ada yang kata geng BBNU lebih suka duduk antara mereka je.. Kiranya lepak antara geng mereka saja? Ala.. tak best macam tu. Mungkin itu antara sebab ada group anti-BBNU? Adakah geng BBNU malu nak bergaul dengan artis lain? Hmm..

PEMAKAIAN

Sumber gambar:

Cara pemakaian geng BBNU ini pun antara sebab ada yang kurang berkenan dengan mereka. Ini sebab stail mereka ada yang cakap macam rempit, acah K-pop dan macam-macam lagi. Ehei! Entah apalah salah rempit dan K-pop kan? Lain orang ada gaya masing-masing.. Mungkin mereka lebih selesa pakai gaya K-pop. Lagi pun, ada ke gaya rempit? #Lunagirls tahu tak gaya rempit macam mana?

Pada pendapat Zoe, sebab orang kecam geng BBNU kebanyakannya memang tak munasabah sebab masing-masing ada cara sendiri betul tak? As long orang itu tak kacau diri kita dah kira okaylah. Jadi, lepas ini jom kia buat hal sendiri dan tak perlu kecam sesiapa lagi! Mana tahu lepas ini korang jadi BBNU? Opss!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Telefon ‘Mahal’ Meletup Lepas Tukar Bateri, Nasib Baik…

K-Pop Fan Fiction Bagi Harapan Palsu?