in ,

Geng Asrama, Dah Ready Barang Pulang Ke Gagang?

Sumber gambar: Remaja.com

Pejam celik, pejam celik dan nak masuk sekolah balik! Tak puasnya la cuti kali ni sebab rasa macam sekejap sangat. Tak sempat nak buat apa-apa, tiba-tiba dah kena packing barang balik asrama. Haihh

Ehh, kenapa mengeluh tu girls? Biasa la tu, sekarang ni masa berjalan dengan pantas. Sekarang ni pun ada beberapa hari lagi kita nak masuk ke tahun baru 2020. Korang yang nak balik asrama ni dah ready ke semua barang-barang tu? Rasanya dah boleh start kemas sekarang sebab nanti tak ada la korang kelam kabut tertinggal barang itu ini semua kan. At least boleh buat double check before gerak ke asrama masing-masing. Haritu Ainaa ada share cara untuk korang unpack barang dari asrama kan. This time kita akan packing semula segala khazanah alam korang yang akan dibawa ke asrama. Get ready…

TOILETRIES PALING UTAMA

Image result for toiletries
Sumber gambar: Libur

Berus gigi, ubat gigi, pencuci muka, masker, baldi, gayung,shampoo, bekas alat mandi dan semua la barang kelengkapan korang untuk bersiap. Semua ni penting okay! Kalau tertinggal satu pun, mesti korang kelam kabut nak patah balik ke rumah la, cari dekat kedai semua. List down segala macam barang toiletries korang tu. Make sure tak ada yang tertinggal dan semuanya cukup. Biasanya kalau cuti sekolah korang memang kena bawa semua barang-barang kan? Jangan lupa buat check list okay. Ohh, sabun kain dan pewangi pun penting sangat-sangat tau. Beli siap-siap supaya nanti tak perlu la korang nak singgah supermarket dah. Double check okay!

SEGALA MACAM BAJU, SELUAR DAN DALAMAN

via GIPHY

Tak bawa baju nanti nak pakai apa? Siapkan dulu baju sekolah korang macam baju sukan, baju koko dan baju kurung yang korang akan pakai dekat asrama atau sekolah nanti. Lepastu baru packing baju yang lain which is baju harian dekat asrama. Baju kurung tu jangan lupa ya, nanti prep nak pakai baju apa kalau tak bawa. Bra and panties pun penting, ni benda paling WAJIB korang bawa! Tak ada ‘mereka’ ni memang menangis la korang kena pergi supermarket cari yang baru. Kalau boleh bra and panties tu beli la yang baru supaya nanti tak berlaku kejadian ‘mistik’ pakaian dalam hilang. Life dekat asrama ni memang lain sikit. Korang sidai panties dengan bra pun boleh hilang. Tak tahu siapa ambil, kalau ada budak dorm lain ambil macam tak masuk akal sebab size kan tak sama, hehe!

ALAT TULIS JANGAN LUPA SIS

via GIPHY

Ikutkan tradisi, setiap hujung tahun memang akan berlaku kejadian kehilangan alat tulis. So, korang kena la sentiasa topup sebab biasanya memang akan hilang tanpa sedar. Since korang dah tahu alat tulis ni benda yang paling senang nak hilang, nanti dekat sekolah just keluarkan beberapa batang pen, pensil dan barang yang penting je. Highlight tu pun satu juga, selalu jadi mangsa pinjam kawan-kawan. Simpan alat tulis yang lain tu dekat dorm okay. Testpad pun jangan lupa beli buat stock banyak-banyak. Nanti kalau classmate nak minta sikit, korang caj la 20$ satu kertas, boleh buat bisnes, hehe!

BARANG KEPERLUAN LAIN

Image result for packing asrama
Sumber gambar: haiqalbibo.blogspot

Barang keperluan lain ni pun penting sangat untuk korang nanti. Contohnya pewangi almari, bekas baju kotor, beg extra, pinggan, mangkuk, sudu, kain batik, ubat sakit, tupperware untuk tapau makanan dekat dewan makan waktu weekend. Ehemm, makanan tu satu keperluan penting juga tau. Beli la stock makanan banyak-banyak dan simpan dekat locker korang tu. Eh banyak la kalau nak list, korang pun mesti tahu barang keperluan lain ni kan? Untuk yang first timer masuk asrama mungkin mereka tak familiar sangat dengan semua barang-barang ni. Tapi korang yang dah senior ni confirm dah hafal apa benda yang perlu dibawa. Let say nanti kalau ada kawan yang tak ada barang ni, korang boleh la kasi pinjam.

Eiii, bestnya packing barang nak balik asrama! Teringat pula dulu sis Ainaa ambil masa selama seminggu untuk packing barang sebab takut tertinggal. Kalau tertinggal susah sebab asrama sekolah Ainaa jauh so kalau nak beli barang pun kena tunggu minggu outing. Korang dah ready ke belum nak jumpa dorm-mate yang lain nanti? Mesti masing-masing dah rindu dengan katil dekat asrama betul tak? Sebelum balik asrama, jom enjoy dulu di Sunway Lost World of Tambun.. SuperDeals ada tawaran hebat.. korang boleh klik di sini! Selamat packing semua!

What do you think?

11 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

2019 Tahun Berita Sendu Untuk K-Pop

Edit Gambar Dengan Rosé, Naim Kena Ugut Dengan BLINKS!