in ,

Gaya Streetwear Hype, Simple Dan Menarik! Kasut Pun Ada Banyak Jenis Tau!

Baru-baru ini, Zoe pergi satu event yang ramai sangat peminat kasut di negara ini excited nak pergi, iaitu Sneakerlah 2019. Waktu Zoe pergi tempoh hari, ada ramai sangat yang pakai stail swag dan hype! Memang bukan beshe-beshe bak kata orang sekarang! Dan untuk pengetahuan korang, kasut ada banyak jenis ya! Dan kebiasaannya kita akan nampak lebih ramai orang selesa pakai sneakers jika kita nak bandingkan dengan kasut yang lain seperti boots, formal dan lain-lain.

HI-CUT

Sumber gambar:

Kasut Hi-Cut dia lebih memanjang ke atas sehingga ke pergelangan kaki ala-ala boot tetapi ia bukan boot. Biasanya kasut ini digayakan oleh atlet bola keranjang juga pada dahulunya dan ada juga yang confused dengan kasut mid-top yang sedikit pendek dan tidak melebihi pergelangan kaki. Tapi, kasut Hi-Cut ini pun bukan sahaja boleh merujuk kepada kasut sukan tapi boleh juga jadi macam kasut hiking dan kasut yang digunakan oleh jurutera dalam industri tertentu. Tapi kalau dah nampak stail, tak salah untuk kita pakai.

AUTHENTIC

Authentic shoes biasanya kasut ini nampak lebih simple tetapi masih bergaya jika digayakan dalam mana-mana event tak kira formal atau tidak. Kasut jenis authentic pula sebelum ini lebih berkembang melalui budaya skateboarding, muzik seperti punk rock, hip-hop, emo, streetwear dan lain-lain. Tetapi sekarang kasut ini, kita dapat tengok di sekolah pun ramai yang pakai sebab ianya selesa kalau dibandingkan dengan kasut formal.

SLIP-ON

Ia adalah sejenis kasut rendah atau kasut renda yang paling dikenali sebagai loafer atau selipar dalam budaya orang negara Uncle Sam. Woah! Slip-on shoes ini ibarat selipar saja okay bagi mereka di sana. Kasut Slip-on ini adalah kasut yang kurang kasual tetapi ramai juga yang pakai dalam acara formal dan lain-lain sebab kita tinggal nak sarung saja dan boleh jalan.

SPORTY

Sumber gambar:

Sebenarnya trend pakai kasut sukan dah lama sejak pertengahan tahun 50-an lagi sebab ia sangat mudah. Walaupun dulu setiap kasut direka berbeza untuk tujuan khusus dan kegunaan tapi sekarang ia boleh digunakan dalam pelbagai acara. Eh! Jangan pula dalam acara formal korang pakai kasut ini pula ya! Nanti apa pula orang kata.

Jadi selepas ini, #Lunagirls bolehlah tambah koleksi kasut korang dalam almari. Iyalah, kalau banyak sangat heels, sandal dan lain-lain pun bosan juga betul tak? Ia terpulang juga dengan bajet dan citarasa awak semua untuk beli kasut yang macam mana juga. Ini sebab ada yang lebih suka kasut dengan gaya feminin dan ada juga yang suka dengan gaya kasual. 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Makeup Simple Untuk Beginner Under 10 Mins

Tips & Tricks Tiru Gaya Fesyen Jimin BTS!