in ,

Gaya Rambut Mengikut Bentuk Muka!

Sumber Gambar: https://www.hijabnheels.com

Halo kesayangan! Minggu lepas LUNARIA ada kongsikan cara pilih gaya tudung mengikut bentuk muka.. harini kita akan share pilihan gaya rambut mengikut bentuk muka! Yay! Bentuk muka memainkan peranan penting dalam menentukan bagaimana korang boleh potong rambut. #Lunagirls nak tahu bentuk muka korang jenis apa? Jom ikuti tips LUNARIA ni..

MUKA OVAL

Sumber Gambar: https://shampoosantanmalaysia.com

Bertuah tau siapa yang mempunyai bentuk muka oval tau! Sebab semua jenis potongan rambut akan sesuai.. tak kira style rambut pendek, sederhana atau panjang! Tak salah untuk mencuba gaya baru #Lunagirls..  barulah mencabar! Hehe!

MUKA PANJANG

Sumber Gambar: https://shampoosantanmalaysia.com

Untuk #Lunagirls yang miliki bentuk muka panjang tapi tak confident sangat rugi! Sebab korang boleh buat gaya rambut fringe di depan dan juga tepi tau.. Nak lagi menarik, boleh gayakan fringe with medium wave hairstyle.. Sangat cantik! Sedikit tips untuk korang, elakkan potong rambut terlalu pendek okay!

MUKA BULAT

Sumber Gambar: https://shampoosantanmalaysia.com

Gadis yang muka bulat mempunyai pipi yang agak tembam, jadi kalau korang nak sorokkan pipi tu sikit boleh cuba gaya potongan rambut layer! Dengan gaya ini korang akan ilusi muka panjang.. dan akan nampak lebih comel!

MUKA KOTAK

Sumber Gambar: https://shampoosantanmalaysia.com

Square face? Don’t worry girls! Kalau nak kurang nampak rahang, korang boleh cuba gaya potongan rambut layer panjang atau kerinting! Dan kalau nak buat fringe di bahagian dahi.. pastikan hanya di sisi okay girls!

MUKA BENTUK HATI

Sumber Gambar: https://shampoosantanmalaysia.com

Untuk  muka #Lunagirls yang berbentuk hati, rambut yang berombak amat sesuai untuk korang! dan kalau korang inginkan kelainan, korang boleh cuba teknik potongan pixie tau! Atau.. kalau korang suka gaya rambut ala ala singa, kembang gituu pun boleh cuba juga! Oh cakap pasal singa, trailer filem The Lion King katanya telah ditonton oleh lebih 224 juta orang dalam tempoh 24 jam! Dahsyatnya! Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang boleh klik sini je!

MUKA DIAMOND

Sumber Gambar: https://shampoosantanmalaysia.com

Potongan pixie style juga sesuai untuk #Lunagirls yang miliki muka berbentuk diamond! Bentuk muka diamond agak kecil, jadi elakkan potongan rambut layer okay? 

Sekarang #Lunagirls dah tahu bentuk muka dan gaya rambut yang sesuai, lepas ni boleh cuba! Semoga tips ini dapat membantu korang! Masa cuti sekolah lah kita boleh cuba gayakan rambut.. Hehe!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Eeuw! Handphone Ada Banyak Bakteria!

Kenali Diri Mengikut Favorite Perisa Aiskrim!