in ,

Gaya Rambut Lain Daripada Lain!

Sumber gambar: LUNARIA

Ala, bosanlah gaya rambut yang biasa ni… nak cuba gaya lain yang nampak comel tapi senang nak buat tapi nak stail yang macam mana ya?

Okay, kali ini LUNARIA nak kongsi stail rambut yang simple and cute untuk korang gayakan untuk ke mana saja korang impikan Tak kisahlah jalan-jalan waktu cuti sekolah ke, waktu sekolah dah buka nanti ke atau nak pergi dating nanti! Opss!

CROSSOVER LOW PONYTAIL

Sumber gambar: https://fabfitfun.com/magazine/gorgeous-holiday-hairstyles/

Untuk gaya rambut ini, senang saja korang tak payah susah-susah guna getah rambut just twist rambut korang dan ikat macam ponytail biasa. Nak gayakan ini sangat ah mudah dan korang boleh siap dalam masa kurang lima minit.

BRAIDED TOP KNOT

Sumber gambar: https://www.twistmepretty.com/french-braided-top-knot/

Dikenali sebagai romantic bun, gaya rambut ini lebih mudah sebab korang just ikat secara ponytail, tocangkan dan gulung jadikan ikatan bun. Senang saja kan? Dah boleh pergi dinner atau mana-mana yang korang nak pergi, sekolah pun boleh juga. Hehe! 

WATERFALL BRAID

via GIPHY

Untuk waterfall braid ini pun senang saja, korang just tinggal belah tengah rambut korang dan buat tocang ala french dan drop kan lebihan rambut korang supaya nampak ala-ala air terjun gitu dan biar dia terlepas beralun, nama pun waterfall braid kan…

TWISTED BUN

Sumber gambar: https://www.pinterest.com/pin/626281891902236870/

Twisted bun style ini sangat senang dan boleh siap sekelip mata saja. Korang tinggal tarik rambut ke atas gulungkan dan selit hujung rambut korang dalam gulungan tadi dan siap! Gaya macam ni nampak sangat hot walaupun agak messy.

PONYTAIL

via GIPHY

Gaya paling senang sekalian alam! Yang ini just tarik rambut korang kebelakang dan ikat. Siap! Gaya rambut ini senang untuk korang pergi kemana sahaja, walaupun duduk dalam rumah saja.

Jadi lepas ini #Lunagirls tak perlu dah pening-pening nak gayakan rambut korang macam mana. Korang refer je dekat LUNARIA sebab kami akan share yang comel-comel untuk korang semua. Hehe! 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

#LunaSquad: Pelik Ke Keluarga Tiri?

Fasa Move On Yang Akan Korang Lalui…