in ,

Gaya OOTD Raya BBNU Lain Daripada Yang Lain

Sumber gambar: Instagram Adam Lee/ Instagram Nabila Razali

Wahh, cantik cantik belaka semua orang Hari Raya ni! Walaupun tak dapat beraya sakan tapi gaya tetap diutamakan!

Selamat Hari raya Aidilfitri again kepada semua #Lunagirls. Macam mana raya korang tahun ni? Banyak ke dapat duit raya? Berapa banyak OOTD korang ambil tahun ni? Sama ke jumlahnya dengan tahun lepas? Atau pagi raya korang just pakai baju kelawar je? Hehe!

Walaupun kita masih lagi berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tetapi raya tetap perlu diteruskan. Lagi-lagi kalau yang mana dah ada pasangan tahun ni, kena la semangat untuk ambil OOTD dengan boyfriend atau girlfriend. Tapi kalau pasangan tu berada dekat negeri lain, bertabah je la ya geng! Memandangkan semua dah cantik-cantik raya tahun ni, apa kata kita intai sikit agay OOTD BBNU kita. Mesti semua meriah-meriah kan.

SUFIAN SUHAIMI

View this post on Instagram

Merah buat abang…?

A post shared by Sufian Suhaimi πŸ‡²πŸ‡Ύ (@sufiansuhaimi_) on

Woww… Merah menyala ya Baby Pian tahun ni siap berbaju melayu warna merah lagi, betul-betul buat adik marah, hehe! Nampaknya raya tahun ni Sufian Suhaimi masih lagi berseorangan seperti tahun yang lepas, tapi dengarnya Pian pun macam dah penat je asyik dapat soalan tentang calon isteri ni ya. Jangan risau, geng #Lunasquad ada lagi yang single, kalau berminat boleh la PM tepi. At the same time bagi Pian raya tahun ni sangat berbeza berbanding yang sebelumnya yang mana sebelum ni dia akan beraya bersama dengan datuk dan nenek. Tetapi neneknya telah meninggal dunia pada tahun lalu dan itu merupakan kelainan yang sangat dirasai oleh mereka sekeluarga. Kelainan lain yang dirasainya juga ialah apabila raya tahun ini, khutbah raya disampaikan sendiri oleh bapanya, Haji Suhaimi. Tak apa la Pian, tahun depan kita beraya bersama ya? Eh raya bersama pula, hehe!

NABILA RAZALI

Aduh, cantiknya kakak cumi cumi kita ni! Nampaknya walaupun dah raya keempat, Nabila masih lagi bergaya bersama busana Hari Raya dia ya. Siap sempat photoshoot OOTD dekat rumah lagi tu. Siapa cakap raya versi PKPB ni tak boleh nak beraya sakan? Tak dapat nak berjalan sana sini ke rumah saudara mara pun tak mengapa, asalkan dapat pakai baju raya pun dah rasa cukup happy tau! Raya tahun ni tema Nabila lebih kepada warna pink ya, gegirl gituew sis! Manis je tengok Nabila menggayakan baju warna pink ni, memang sesuai la dengan gaya dia. Hmm, agak-agak bila la Nabila nak release MV untuk lagu Peluang Keduanya tu ya? Tak sabar dah ni nak tengok siapa hero yang dipilihnya kali ni, entah entah Zul Ariffin tak?

SWEET QISMINA

Ehem yang ni lain macam raya dia, siap ada pasangan lagi dekat sebelah. Untung la Sweet Qismina dapat beraya bersama dengan kekasih hatinya iaitu Adam Lee. Eh macam sama je warna baju tu? Memang berjodoh ni raya pakai baju warna sama, mana tahu tahun depan dapat beraya bersama ke, eh? Tapi nampaknya Sweet memang betul-betul ikut arahan ni, hanya beraya pada hari pertama je. Buktinya hari kedua, ketiga dan seterusnya langsung tiada gambar update berbaju raya. Raya keempat Sweet hanya la duduk di rumah sahaja. Bagus ni ikut arahan.

IRFAN HARIS

Siapa geng #TeamBiru tahun ni dengan Irfan Haris? Rasanya tahun ni macam ramai je kan yang pakai baju warna biru. Ke korang recycle balik baju raya lama? Nampaknya Irfan masih lagi beraksi TikTok walaupun di hari raya ya. Sempat je dia buat satu video TikTok untuk tatapan peminatnya di Hari Raya ni. Nampaknya tahun ni Irfan jadi #TeamRayaJohor la since dia dan keluarga berada di Johor Bahru so memang best la dapat beraya bersama satu keluarga kan.

Seronok tau tengok semua orang pakai cantik-cantik ni, rasa bersemangat nak teruskan Hari Raya walaupun duduk dekat rumah je. BTW hari ini dah raya ke berapa ya?

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kesalahan Biasa Bila Pakai Lipstick, Jom Nampak Cantik

Cara Paling Mudah Hilangkan Kelemumur Degil