in , , ,

Gaya Manis Buat Gadis Bertudung Labuh

Sumber gambar: www.pinterest.com/khadijachahdi134

Zaman sekarang, memang sudah ramai perempuan yang tahu dan ikut syariat Islam dalam menggayakan hijab. Maksudnya, sudah ramai perempuan yang suka memakai tudung labuh. Eh? Siapa cakap kalau korang pakai tudung labuh, korang tak boleh bergaya dan akan kelihatan seperti ketinggalan zaman? Sekarang ini, sudah ada pelbagai jenis pakaian yang sesuai digayakan oleh sesiapa pun tau! Dan ini antara inspirasi gaya untuk korang yang pakai tudung labuh! Ya! Siapa cakap tudung labuh tidak boleh nampak stailo! Hehe! 

BAJU KURUNG

Baju kurung adalah antara pakaian yang sesuai dengan apa sahaja jenis gaya tudung. Tidak kira sama ada korang pakai turban, tudung biasa mahu pun tudung labuh. Bukan setakat itu saja, malah tiada spesifik jenis baju kurung apa pun yang tidak sesuai dengan tudung labuh. Jadi, korang boleh gayakan tudung labuh korang dengan mantap pada bila-bila masa saja!

ONE SET

Tidak kisah sama ada one set seperti dress, blouse dan lain-lain. Korang yang bertudung labuh juga boleh menggayakan apa sahaja jenis pakaian one set dengan modest! Walaupun tidak ramai yang yakin dengan penampilan one set, tapi sekali-sekala korang boleh cuba, betul tak! Tak perlu fikir apa orang nak cakap pun.

LONG T-SHIRT

 

View this post on Instagram

 

Finally here, the only negeri I never been to ✨those yang duduk sini mesti tahu mana ni. Sambil tapau food alas perut untuk orang puasa, gaduh dengan angin dulu demi gambar. Muka je nampak tenang, belakang tabir hmmmm tapi tenang juga sini. Sukaaaa #ummidenatravels . Wearing alyx hoodigan @pacca.my selesa gila fefeling unnie saranghae tapi kat malaysia 😜

A post shared by Dena Bahrin (@denabahrin) on

Selain itu, korang juga boleh cuba bergaya dengan long t-shirt! Sekarang ini, dah banyak orang jual long t-shirt! Bukan macam t-shirt muslimah yang dulu-dulu okay! Akan tetapi sekarang ada banyak sangat long t-shirt! Yang sangat labuh dan longgar sesuai untuk korang yang bertudung labuh! Hehe! 

CARDIGAN

 

View this post on Instagram

 

Fine sunday with @ederraid 🤗🍂

A post shared by AGHNIA 🌙 (@aghniapunjabi) on

Seterusnya, juga menjadi pilihan ramai orang iaitu dengan menggayakan cardigan! Korang yang tudung labuh pun boleh nampak sangat stailo tau dengan cardigan atau dengan sebarang outerwear. Kalau susah sangat, korang jadikan sahaja gaya pereka fesyen Hana Tajima sebagai rujukan! Memang mantap! 

Jadi, nampak tak? Tudung labuh pun boleh bergaya apa! Selepas ini, bolehlah korang hijabista yang lain pun sekali sekala cuba gaya tudung labuh ini sebab memang nampak modest sangat! Tak adalah orang asyik cakap tudung labuh ini kena pakai jubah sahaja kan? Setuju tak? Hehe!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

JYP Lancarkan Audition Di TikTok #JYPTOK!

Tempat Lepak Baru Korang Kena Tahu