in ,

Gaya Estetik Yang Wajib Korang Cuba Tahun 2020

Sumber gambar: www.tumblr.com

Penampilan adalah sesuatu yang sangat penting sebab ia menunjukkan personaliti diri korang. Dari penampilan juga, orang boleh tahu sama ada korang ini adalah seorang yang kemas, seorang ceria, atas seorang yang selekeh dan lain-lain. Gaya penampilan pun ada banyak jenis seperti street, vintage, casual, retro dan banyak lagi. Sekarang ini, pengetahuan korang gaya estetik pun sudah mendapat perhatian, lebih lagi untuk orang muda seperti kita. Bukan setakat itu sahaja, gaya estetik ini pun tak memerlukan banyak wang untuk dikeluarkan pun. Dan jom kita tengok gaya estetik apa yang korang boleh cuba tahun 2020 ini.

TUMBLR TSHIRT

Sumber gambar: Wish

Tumblr t-shirt ini memang senang korang nak dapatkan sebab kebanyakan Tumblr t-shirt ini ada dijual dimana sahaja. Design Tumblr t-shirt ini memang simple dan korang senang saja nak gayakan ke mana sahaja. Ada orang lagi suka memilih warna hitam supaya design bajunya akan lebih nampak.. Ia bergantung kepada individu dan kita boleh pakai warna ikut mood pada hari tersebut juga!

BOYFRIEND JEANS

Sumber gambar: normcore studio

Selain dari itu, korang boleh cuba pakai boyfriend jeans sebab ia memang selesa dan seluarnya lebih straight cut dan baggy untuk korang. Korang boleh tuck in baju Tumblr korang itu bersama boyfriend jeans dan memang akan nampak lebih hyped dari biasa. 

GLASSES

Sumber gambar: Pin Interest

Padankan juga gaya estetik korang bersama glasses yang menarik. Korang boleh sahaja cuba glasses ala ulzzang dan ia memang sangat sesuai untuk korang yang suka pakai glasses biasa. Bagi korang yang suka glasses kaca warna warni, korang boleh cuba glasses ala retro yang memang banyak orang suka pakai sekarang ini. 

HAIR CLIPS

Sumber gambar: we heart it

Sambil itu, bila korang dah ada gaya atas dan bawah yang stail, korang boleh gayakan pula rambut korang bersama hair clips. Korang boleh cuba guna hair clips yang berwarna-warni atau yang stainless steel bagi nampakkan rambut korang lebih menarik untuk gaya estetik. Psst, gadis bertudung pun boleh cuba gaya ini tau.. just clip pada bahagian atas tudung!

OUTERWEAR

Sumber gambar: aestheticfeed

Ini pula cuma tambahan jika korang suka nak pakai. Korang boleh sahaja padankan mana-mana outerwear seperti jaket, parka, wind breaker dan lain-lain. Memang sangat sesuai dengan gaya baju Tumblr dan boyfriend jeans korang.

Senang sahaja betul tak? Gaya aesthetic ini sebenarnya simple sahaja. Apa yang penting ia selesa untuk kita semua gayakan di mana sahaja pada bila-bila masa. Jadi, kalau korang suka gaya aesthetic ini, korang bolehlah nak ambil gambar dan post di akaun media sosial korang. Mana tahu, boleh jadi inspirasi orang lain di luar sana juga. Selamat mencuba!

What do you think?

14 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Step Dapatkan Glass Skin Paling Simple!

Kesan Buruk Tidur Lambat, Jaga-Jaga Gais!