in ,

Gaya Bag Sekolah Luar Biasa 2020

Sumber gambar: Instagram Mira Filzah / Pinterest

Haihhh sekolah dah nak mula ni. Barang sekolah semua dah nak kena beli. Aduhh, beg sekolah ni satu hal juga. Asyik pakai beg yang biasa je, bosan la!

Bosan pakai beg sekolah? Then korang nak pakai beg apa pergi sekolah? Beg plastik? Korang pun mesti nak bergaya juga waktu ke sekolah kan. Asyik pakai bagpack biasa tu je, tak ada beza pula dengan kawan-kawan yang lain tu. Rasanya boleh je nak pakai beg apa pun, asalkan tak melebih sampai bawa handbag pergi sekolah. Nanti orang ingat korang cikgu pula sebab bawa handbag kiri kanan. Nak jadi style dekat sekolah tanpa perlu kena marah dengan cikgu atau pengawas? Senang je girls, korang tengok list beg yang Ainaa nak suggest ni, hehe!

BEG ALA-ALA PUTERI BISU

Related image
Sumber gambar: carousell

Tengok tak drama Sweet Dreams? Kalau korang tengok confirm tahu beg yang selalu Mira Filzah bawa ni. Boleh je bawa pergi sekolah even nampak macam fancy sikit. Tapi cute la siap ada pemegang lagi dekat atas tu. Memang nampak macam beg sekolah sebab saiz pun lebih kurang macam bag biasa yang korang bawa ke sekolah tu. Harga pun tak ada la mahal sangat, banyak je pilihan kedai yang korang boleh beli. Nak senang dan murah, pergi cari dekat Shopee atau Lazada, confirm berlambak! Nak beli beg sama dengan BFF korang tu pun boleh je, baru la cute pakai beg sama! Bagi Ainaa beg ni senang sebab korang boleh sandang dekat bahu atau pegang dekat tangan je, ikut keselesaan masing-masing. Tapi kalau berat sangat barang dalam tu, better bawa dekat bahu la nanti patah pula tangan tu.

TOTE BEG CORAK-CORAK

Image result for aesthetic girl with tote bag
Sumber gambar: carousell

Sekarang ni trend juga bawa tote beg ke sana ke sini. Ainaa sendiri lagi suka pakai tote beg bila berjalan sebab ringan dan senang. Nak cari barang pun tak susah, seluk terus dapat barang yang dicari. But for students, korang kena cari yang berkualiti sikit la. Biar mahal sikit dan berkualiti sebab korang nak bawa barang sekolah, takut nanti koyak pula satu hal ada scene kutip buku dengan crush pula. Biasanya kalau nak murah beli dekat Typo je sebab harganya RM5 je memang mampu milik. Tapi kalau berkualiti, korang boleh cari dekat kedai berjenama sikit atau macam biasa la. Kita cari dekat Shopee atau Lazada! Beli untuk diri sendiri pakai selain dekat sekolah pun boleh. Kalau boleh cari yang ada zip sebab takut kalau letak beg dekat kelas nanti senang orang nak curi barang tu.

FANCY BACKPACK ALA-ALA STUDENT COLLEGE

Related image
Sumber gambar: Favim

Nak feeling macam student college? Beg ni sesuai la untuk korang. Ada macam-macam size dan jenis kain beg ni, so kena pilih baik-baik. Biasanya beg macam ni banyak jual dekat online je, sebab tu kena tengok review dulu sebab takut kain beg tu nipis. Nanti baru pakai berapa bulan dah rosak pula. Satu hal kena beli beg baru pula waktu tu nanti. Nak selamat, cari je dekat kedai yang jual beg, confirm ada jual. Lagi elok kalau beg tu bersaiz besar supaya muat nak letak barang sekolah korang dekat dalam tu. Cuma jangan fancy sangat la ya girls sebab korang nak ke sekolah, bukan pergi kolej, hehe! Risau hari first pergi sekolah, beg dah kena rampas dengan cikgu disiplin pula.

SIMPLE BACKPACK

Image result for canvas college bag for girls
Sumber gambaR: Amazon

Beg ni dulu waktu Ainaa sekolah, ramai juga yang dah pakai beg macam ni. Sekarang korang masih pakai beg ni tak? Atau tak berani? Hehe! Boleh je la nak pakai tapi macam biasa la, jangan corak melebih sangat. Pilih corak yang biasa je supaya tak nampak menyerlah sangat bila pakai pergi sekolah. Backpack macam ni lagi mudah sebab ringan berbanding typical beg sekolah yang korang selalu pakai tu. Size pun ada yang sederhana juga, so tak perlu risau la kalau takut besar sangat atau kecil sangat. Dulu beg ni banyak yang bercorak, tapi sekarang ni dah tak ada corak sebab orang lagi suka yang takde corak, cute katanya. Korang cuba la pakai, maybe korang pun boleh nampak cute juga, hehe!

Tunggu apa lagi girls? Ajak parents korang pergi cari beg ni, atau pun korang online shopping je. Klik klik, esok lusa dah sampai dekat rumah terus. Nak simple dan tak leceh, pakai tote beg la apa lagi. Ringan dan senang nak basuh kalau kotor. Apa pun, kalau korang dah ada beg tak perlu la beli yang baru semata sebab nak ikut jadi style juga. Pakai dulu mana yang ada okay girls!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Penyanyi BBNU Perempuan Yang Miliki Vokal Hebat!

Fobia Pelik Yang Kita Jarang Dengar