in ,

Game Menarik Bila Sleepover Dengan Squad!

Sumber gambar: https://graziadaily.co.uk/life/real-life/adult-sleepover/

Pernah tak #Lunagirls plan nak sleepover dekat rumah kawan-kawan, Bila dah habis topik berborak, korang terfikir nak main game apa eh untuk isi masa bersama? Jangan risau lagi.. ini antara idea game yang sesuai untuk korang main bila sleepover nanti!

TRUTH OR DARE

Sumber gambar: https://truthordare-game.com/truth-dare-questions.html

Game truth or dare adalah salah satu yang paling best dan ramai orang suka main. Cara main truth or dare biasanya kita akan mula dengan pusingkan botol atau lat tali lat. Kemudian orang yang kena perlu pilih truth or dare then kawan-kawan dia akan beri soalan atau cabaran dari apa yang dia pilih tadj. Kalau pilih truth, orang tersebut wajib bercakap jujur dan kalau dare korang wajib buat segala challenge yang kawan korang suruh. Macam mana? Berani tak?

MAFIA 

Sumber gambar: https://en.wikipedia.org/wiki/Mafia_(party_game)

Game Mafia pula lebih kurang macam Werewolf game. Game ini ada dua fasa iaitu fasa siang dimana semua pemain akan berkumpul dan berbincang siapa mafia sebenarnya. Seterusnya fasa malam, mafia akan membunuh citizen secara diam-diam dan kalau mafia tu dapat bunuh ramai citizen, dia menang dan dalam game ni apa yang penting adalah citizen perlu meneka siapa mafia yang sebenar dan bunuh mafia tu supaya mafia tu kalah.

CARD GAME

Sumber gambar: https://www.amazon.ca/UNO-42003-Uno-Card-Game/dp/B00004TZY8

Bagi game ni pula senang je, sebab ia depends dengan kad apa yang korang. Korang boleh main UNO, One Happy Family at Home, Snap, Donkey dan lain-lain. Selain dari tu, ada juga permainan kad seperti Politiko, Abdanco dan 3 Leg Mahjong. Ha! Dengar macam rare kan?

2 TRUTHS AND A LIE

Sumber gambar: https://www.slideshare.net/ElodieAscenci/10-ice-breaker-games-how-to-get-to-know-your-office/2-TWO_TRUTHSAND_A_LIEEach_person

Game ni pula, mula-mula korang kena decide peraturan dan beri masa untuk setiap ahli yang bermain tulis tiga facts tentang diri dorang tapi salah satunya adalah ‘tipu’. Seterusnya, korang akan berbincang tentang setiap facts dan akan meneka mana satu fakta dan yang mana satu adalah pernyataan yang tipu dan akan vote mana yang fakta, mana tipu. Kalau ahli kumpulan dapat teka fakta dan tipu yang betul, skor akan diberikan kepada ahli dan kalau tak dapat teka secara betul, skor akan diberikan kepada ahli yang beri pernyataan fakta dan tipu itu! Ha! Bestkan! 

SPIN THE BOTTLE

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=UCdcPWxxTSs

Untuk game ni, biasa jarang lah orang nak buat ni dekat negara kita sebab katanya bercanggah sikit dengan budaya kita di Malaysia. Game ni biasanya botol tu akan dipusingkan dulu dan kalau botol tu tunjuk arah antara satu sama lain dalam circle of setiap ahli yang main game tu korang kena kiss. Ha, tapi kalau sesama jantina tu boleh lah korang tukar macam cium kat pipi ke, peluk selama dua minit ke apa ke, it depends dengan korang punya pemikiran kreativiti. 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments