in ,

Game Indoor Main Bersama Family #dudukrumah

Sumber gambar: aminoapps.com

Bila dah ada banyak sangat masa terluang bersama keluarga korang semasa cuti Covid 19 ini. Selain makan dan buat aktiviti harian bersama mesti kadang-kadang itu korang nak main banyak permainan kan? Iya lah, kalau dulu biasanya kita asyik main dengan adik-beradik saja, apa kata kali ini kita cuba ajak semua sekali? Ajak mak dan ayah korang sekali! Kan best tu! Jadi ini antara game yang korang boleh cuba main bersama family sewaktu cuti ini.

PERMAINAN KAD

Sumber gambar: theupscout

Permainan kad memang sangat best kalau korang nak main dengan family korang sepeti UNO ke, Monopoly ke, permainan ular ke dan banyak lagi! Ibarat korang mengimbau kembali zaman korang main kad bersama kawan-kawan semasa sekolah rendah gitu!

VIDEO TIKTOK

Sumber gambar: pinterest

Walaupun yang satu ini tak ada lah game pun tapi kenapa tidak korang ajak family korang buat TikTok sekali dengan korang? Sekali sekala ajak mak ayah nenek korang ke buat TikTok pun best juga apa! Barulah satu family nampak cute!

PERMAINAN TRADISIONAL

Sumber gambar: thesmartlocal

Batu seremban, congkak, guli, kad terup, gasing dan apa lagi? Just name it! Korang mainlah semula permainan tradisional negara kita yang selalu kita main di kampung dulu-dulu. Memang seronok sangat tau!Β 

WHISPER CHALLENGE

Sumber gambar: koreaboo

Selain dari itu, korang cuba lah juga main whisper challenge untuk uji siapa paling pekak tetapi peka dengan perkataan korang nanti. Bukan setakat lucu dan kelakar dengan pelbagai gelagat tapi korang juga boleh hilangkan stress dengan main game whisper challenge ini tau!

ICE BUNNY CHALLENGE

Sumber gambar: tasteofhome

Selali kita dengan chubby bunny challenge saja kan? Okay, kali ini korang tukar dengan ice bunny challenge pula. Konsepnya sama sahaja tetapi korang perlu meneka perkataan sambil sumbatkan ais dalam mukut sebanyak mungkin. Ha! confirm kebas tau mulut korang sebab sejuk sangat.Β 

Sebenarnya, tak adalah bosan sangat pun cuti duduk di rumah selama perintah kawalan pergerakan semasa wabak Covid 19 ini. Cuma kita sahaja yang mungkin perlu cari jalan bagaimana nak hiburkan diri sendiri dan keluarga. Kalau memang semua nak duduk tidur tak buat apa itu pun memang bosan lah jawabnya. Haha!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Apps Yang Boleh Kita Layan Sepanjang Di Rumah

Sasaeng Yang Pernah Ganggu K-Pop Idol Dengan Cara Paling Ekstrem