in ,

Gambar Edit BTS Oleh ARMY Jadi Realiti

Sumber gambar: www.facebook.com/pg/bangtan.official

BTS! BTS! BTS lagi! Biasalah itu, bila dah ramai peminatnya memang ada banyak lah jenis perangai ARMY yang boleh kita tengok. Apa yang menariknya kali ini adalah kalau korang nak tahu, BTS ARMY ini memang antara peminat yang paling rajin create meme dengan menggunakan gambar atau video BTS sendiri. Tak pun, mereka ini kadang-kadang suka membayangkan bagaimana rupa anggota BTS kalau lain daripada yang lain dengan menyunting atau edit gambar BTS dengan kapsyen ‘What if BTS look like this?’ atau lain-lain. Ibarat BTS ini selalu stalk peminatnya ARMY, dalam masa beberapa bulan sahaja tiba-tiba gambar edit ARMY itu pasti akan jadi kenyataan. Tak percaya? Jom tengok beberapa gambar edit BTS yang selalu jadi kenyataan! Hehe!

WARNA RAMBUT

Sumber gambar: Instagram uwunya.bangtan_

Disebabkan ramai K-Pop idol termasuklah BTS sendiri mempunyai variasi warna rambut. Pernah satu masa dulu, ARMY edit supaya semua ahli BTS berambut hitam dan lebih natural. Tiba-tiba, semasa promosi album Love Yourself: Tear, impian semua ARMY tercapai dan semua anggota BTS memang nampak sangat hot dengan rambut hitam. Bukan setakat itu sahaja, sebenarnya banyak lagi warna rambut lain yang ARMY cuba edit, lebih lagi untuk Jungkook, Jin, Jimin dan V, apa yang best! Semuanya memang jadi realiti!

POTONGAN RAMBUT

Sumber gambar: Instagram uwunya.bangtan_

Bukan setakat warna rambut sahaja, malah potongan dan stail rambut pun ARMY siap edit tau! Sebagai contoh rambut Jungkook dan V panjang. Selepas itu, rambut Suga dengan haircut yang lebih kemas yang baru sahaja jadi impian para ARMY dalam mixtape D-2 baru-baru ini. Untung betul ARMY, baru sekejap fikir BTS dengan gaya lain. Eh! tup-tup jadi betul pula! Macam main fashion game pula kan? Pilih saja terus jadi! Haha!

THE ELLEN DEGENERES SHOW

Sumber gambar: Instagram uwunya.bangtan_

ARMY juga siap main-main saja edit yang BTS selfie dengan pengacara rancangan popular Ellen DeGeneres dulu. Akhirnya, pada tahun 2017 impian ARMY tercapai juga untuk tengok BTS ditemu ramah di rancangan paling famous The Ellen Show. Bukan sekali sahaja tau BTS datang! Tetapi mereka dijemput sekali lagi pada tahun 2018 dan cubalah korang tengok reaksi BTS bila dapat kejutan dari Ellen. Hehe! Sampai terjatuh J-Hope ya.

JAMES CORDEN CARPOOL KARAOKE

Sumber gambar: Instagram uwunya.bangtan_

Bila populariti BTS semakin meluas seantero dunia, memang ramai juga ARMY nak tengok bagaimana James Corden bawa BTS ini untuk carpool karaoke kan? Muat ke kereta itu? Edit jadi kenyataan sekali lagi girls! Februari lalu, semasa promosi Maps of The Soul:7, BTS dan James Corden dah berkaraoke dalam kereta tau! Memang kelakar habis! Lebih lagi part Seokjin cakap yang dia tak faham tapi jom kita gelak saja apa yang James Corden cakap! LOL!

JANGGUT DAN SAYAP

Sumber gambar: Instagram uwunya.bangtan_

Seterusnya, ada juga ARMY yang cuba membayangkan bagaiman rupa BTS ini ada janggut dan sekali lagi jadi kenyataan tetapi hanya Seokjin seorang sahaja, itu pun dalam muzik video Daechwita Agust D. Kemudian ada juga yang edit gambar V ada sayap semasa salah satu persembahan dan jadi kenyataan dalam promosi lagu Swan baru-baru ini. 

Woah! Memang banyak betul yang jadi kenyataan ya! Eh? Ada mata-mata dari Big Hit Entertainment ke ini? Bila dah banyak sangat gambar edit jadi kenyataan, memang ramai BTS ARMY yang terharu dan siap ada beri komen yang lucu lagi kata yang mereka nak edit gambar anggota BTS duduk atas pelamin bersebelahan sebab mana tahu satu hari boleh jadi betul-betul? Yang mereka akan bernikah dengan anggota BTS? Haha! Bukan main suka ya BTS ARMY ini! Tak apa lah, berangan itu kan percuma! Silakan, asalkan semua BTS ARMY happy dan bahagia, betul tak? Hehe!

What do you think?

62 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Penat Makan Makanan Raya? Jom Kembali ‘Cepat Makanan’

Kebaikan Serbuk Koko Untuk Kesihatan Badan