in , ,

Gadis Berhijab Kena Tahu Tips Ni!

Sumber gambar: MXM Mary YouTube

Hii #Lunagirls! Kali ini LUNARIA nak highlight tips untuk gadis berhijab! Mungkin ada sesetengah yang ambil mudah tentang kebersihan tudung, anak tudung dan juga pengikat rambut! Yup! Sebenarnya small things macam ni penting tau! LUNARIA akan kongsikan beberapa tips yang korang boleh cuba!

ELAK PAKAI TUDUNG SAMA BERULANG KALI!

via GIPHY

Sama ada tudung atau anak tudung, dua-dua #Lunagirls elakkan daripada pakai berulang ya! Lagi-lagi anak tudung, kalau sekali guna terus basuh tau sebab bila pakai yang sama berulang kali, rambut akan mudah rosak! Kalau korang ada favourite tudung atau anak tudung, apa kata beli yang sama beberapa helai, nanti bila satu basuh ada lagi satu!

PILIH JENIS KAIN TUDUNG!

via GIPHY

 Tips yang ini pun penting juga! Selain daripada tengok kecantikkan warna dan corak tudung, #Lunagirls perlu tengok dan pilih jenis kain tudung tau! Kalau korang kuat berpeluh, pastikan pilih kain jenis kapas okay? Boleh elakkan tudung dan kepala berbau kepam! Hehe!

CUBA SABUN DAN PEWANGI TUDUNG!

via GIPHY

Untuk #Lunagirls yang aktif bersukan, kuat berpeluh atau suka lakukan aktiviti luar, korang boleh cuba perfume untuk tudung! Dan untuk cuci tudung, boleh guna sabun yang khas untuk tudung! Ia akan membantu #Lunagirls rasa segar dan wangi!

PENJAGAAN RAMBUT!

via GIPHY

Siapa kata gadis berhijab tak perlu jaga rambut? Kalau #Lunagirls nak tahu, rambut yang ada masalah seperti gugur, ada dandruff atau berminyak, akan membuatkan korang rasa tidak selesa dan mudah rimas apa bila memakai tudung tau! So rajin-rajinlah buat treatment rambut okay? Sekali-sekala manjakan rambut apa salahnya! Hehe!

Untuk #Lunagirls yang berhijab, korang boleh cuba tips yang LUNARIA kongsikan untuk korang ni okay? Semoga bermanfaat! Hehe! Eh tapi ingat ya, berhijab atau tidak, dua-dua pun perlu jaga kebersihan diri tau!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Arghh…Badan Berjerawat!

Antara Instafamous Inspirasi #Lunagirls!